My Follower

Monday 26 May 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!








KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Segmen : Cari Followers Mei !


Salam sayang semua...

Hajrah pun nak tambah follower jgk!! join segmen cari follower kat bawah ni..



jom la join sekali..klik  SINI  ..selamat bersegmen..












































~Salam Sayang..Ummi Hajrah ~

Wednesday 21 May 2014

Kisah Tauladan : Suami Ku Menyakiti Hati Ku



Suamiku Menyakiti Hatiku
Ada sebuah kisah tentang sepasang suami istri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya menghardik istrinya dengan sangat keras. Istri yang kena hardik, merasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Istri, mencoba berenang namun nyaris tenggelam dan berhasil diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya hilang dia menulis di sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Suami bertanya : “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu ?”
Istrinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan aku bisa melupakannya… Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa diperbuat suamiku, aku harus memahatnya di atas batu hatiku, agar tidak bisa hilang tertiup angin waktu dan akan kuingat selamanya.”
Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Terkadang malah sangat menyakitkan, oleh karenanya cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Yang terpenting dari pelajaran di atas, adalah :
“Belajarlah untuk selalu DAPAT MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua hal yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN.

Ihsan Copy & Paste _Sumber : Facebook.Com.My


~Gambar kenangan di atas jambatan~

Kemuncak Zikrullah : Cara Mencapai Nikmat Berzikir



" abang,kenapa islam kata  kita kena zikir banyak2 sebab bila kita zikir kita akan rasa tenang & nikmat ... umi akui tiap kali umi berzikir umi rase biasa je...masih xdapat lagi maksud sebenar ketenangan yg selalu dikatakan "

Begitu tenang wajahnya ketika itu..seolah-olah sudah bersedia dgn jawapan di atas persoalan isterinya " Umi...dengan kata yang lebih mudah kita fahami ,zikir itu lebih kepada ingatan ..yakni ingatan kepada apa juga yg berkait dgn Allah " ingatan macamana maksud abang ? "soal si isteri dgn perasaan ingin tahu yang sgt tinggi ....

" tiap kali kita ingat Allah atau dalam erti kata lain tiada paksaan untuk kita mengingati -Nya ..kita pasti akan menyeru namaNya dgn kalimah2 yang indah lagi agung ..itu lah yg dikatakan zikir.....terbitkan lah rasa cinta yg agung kepada Allah..insyaAllah tiap bait zikir yg kita lafazkan itu akan menjadi sangat indah...

"bagaimana nak menikmati zikir yg kita ungkapkan?ade tips tak? tanya si isteri lagi ....

"hmmm...ini cuma perkongsian dari diri abang sendiri... zikir ni ada beberapa tingkat...

1) zikir orang2 biasa iaitu ini  tingkat dimana kita berada sekarang
2) zikir luarbiasa misalnya zikir para sufi / ulama'/orang2 soleh ..tingkat ini adalah tingkat yg sukar kita capai melainkan tiada hijab yg menghalang dari kita untuk sampai...tapi tidak mustahil jika Allah berkehendak


"Tipsnya tak susah tapi memerlukan usaha yg berterusan & istiqamah .."

Yang Pertama :  cari zikir yang mudah untuk kita selalu lafazkan

" setiap orang tu dia ada kesesuaian zikir untuk lidahnya bahkan hatinya ... tidak perlu ikutkan sgt zikir2 harian yang biasa kita dengar misalnya Subhanallah,Alhamdullillah,Allahuakbar & sebagainya .... jika kita hanya melafazkankannya kerana sudah menjadi kebiasaan utnuk semua orang melafazkan seusai solat..itu bukan dipanggil keikhlasan berzikir tetapi lebih kepada kebiasaan @ rutin .. orang lain lafaz..kita pun lafaz....  cuba cari satu jenis zikir yg apabila kita lafazkan,kita menjadi suka untuk terus menyebutnya ....hanya yang ringkas tapi kita akan benar2 ingat Allah bila  ... misalnya .... " Ya Allah..Ya Allah...Ya Allah....   jarang org guna tetapi itu kan juga sebagai tanda ingatan  untuk Allah  kan??......  

Yang Kedua : Pergerakan

Tahu tak apa rasionalnya kita memakai tasbih ? sedangkan pada zaman Rasulullah baginda lebih suka menggunakan jari-jemari baginda ? "soal si suami." tak tahu lah bang...sebab dah jadi amalan kut " jawab si isteri...


" Sebenarnya tasbih itu berfungsi sebagai permulaan rentak zikir ...cuba lah latih berzikir seperti biasa..mengikut jumlah butiran tasbih..mula2 kita kira ..macam biasa 33 kali ...tapi cuba ikut rentak zikir itu tanpa terlalu mengikut jumlah kuantiti butiran tasbih itu ..sehingga la kita khayal...dan rasa seronok...butiran tasbih dah tak terkira hanya jari jemari kita kekal berjalan bersama butiran tasbih seiring dgn lidah kita mengalunkan zikrullah ...  jadi kan tasbih sebagai latihan asas..bila kita dah terbiasa,tanpa tasbih pun lidah kita akan laju meluncurkan alunan zikrullah ....


Yang Ketiga : Istighfar Mengenang  Dosa

Sebelum memulakan zikr , istighfar lah sedalam-dalamnya .....tarik nafas sedalamnya sambil tutup mata , lepaskan istighfar " Astagfirullahal'aziimmmm " seiring dgn hembusan nafas dalam2 sambil mengingati kembali apakah dosa yang kita lakukan hari ini atau hari2 sebelumnya..yakni mana2 dosa yang kamu ingat kamu pernah buat .....timbulkan keinsafan pada diri kerana kemuncak zikrullah ialah bila tiada lagi hijab antara kita dengan Allah...   


"Hijab? apa yg abg maksudkan dgn hijab sebenarnya bang ? macamana nak buang hijab tu ?" si isteri tidak putus memberikan soalan .

Suami nya menjawab lg dgn penuh sabar : Hijab maksud abang disini ialah BATU PENGHALANG .. batu penghalang yg sgt keras yakni batu yang menghalang untuk kita sampai kemuncak nikmat zikrullah" Macam umi la,,umi pakai tudung kan? tudung tu ialah hijab umi ...hijab yg berfungsi untuk menutup aib umi ....aib umi alah aurat umi ..dan aurat yang terdedah itu akan menjadi DOSA ,,...... DOSA itu la yang menjadi BATU penghalang untuk umi mendapatkan nikmat ketenangan dalam beribadat.  setiap kali kita melakukan dosa, maka semakin keras lah BATU PENGHALANG  untuk kita masuk ke syurga @ bertemu Allah azza wa jalla...

Begitu jugak dalam mencapai kemuncak zikrullah..jika masih keras & tebal hijab yang kita ada..maka semakin sukar untuk kita mencapai kemuncak ketenangan. sebab itu perlunya untuk kita muhasabah diri dgn cara mengingati dosa-dosa kita yang lalu sebelum kita berzikir...insyaAllah apabila hadirnya rasa taubat & sesal yang amat dalam..dinding tembok / hijab kita akan semakin terbuka & kita akan dapat mencapai kemuncak ketenangan ketika berzikir

"ooo...betul la bang...bila kita fikir dosa2 kita ni,,macamana la kita nak tenang kan.. " benak si isteri dengan perasaan sedih ..


(Suasana sunyi seketika...masing-masing memuhasabah diri ) ..

" Umi ,diam je...dah xde soalan ke? " soal si suami pulak ... " Eh,ade, cuma nak ingat2 balik je dosa2 umi...begitu banyak tapi Allah masih layan umi dgn baik ....diberinya rezeki yg tak putus2...dikurniakan umi dgn insan2 yg baik disekeliling umi seperti suami yg baik,mertua yang baik,adik2 ipar yg baik..keluarga yg baik...tempat kerja yg baik....mcm2 lg lah!tp umi masih selalu rasa sedih sebab Allah belum bagi anak ....betapa tak bersyukurnya umi...umi kena taubat dan banyakkan zikir kan bang?" Dgn nada sedih si isteri..suaminya pun menjawab " Yeke abg ni baik...??abang selalu je usik2 umi....buli umi..cubit umi...hehehe..."

"Eh! teruskan lah bang...tips2 capai zikrullah tak habis lagi la...ape tips seterusnya ?soal si isteri mematahkan suasana sedih tadi...

"Ok abg teruskan , " 

Yang Keempat  : Terbitkan Suasana 

Cari la suasana yg tenang ketika kamu baru memulakan zikir sebab bg orang2 biasa macam kita ni..kita mesti nak tenang dulu baru nak start berzikir...sebenarnya bezikir tak mengenal tempat & waktu..misalnya di pasar,majlis perkahwinan dan sebagainya...tapi iman kita belum cukup kuat untuk menjadikan zikir itu sebagai rutin kita dimana saja kita berada .... Berbeza dgn zikir ulama'/ ahli sufi atau orang2 soleh . Mereka boleh berdikir walaupun berada di tengah-tengah suasana hiruk pikuk...sebab ketenangan yang dicapai sgt berbeza dgn kita.. mereka akan berzikir dan merasa seolah-olah berada di satu tempat yang tenang seperti di tengah lautan,di dalam gua , di tengah padang yg luas dan sebagainya. 

Tapi kita boleh biasakan diri kita untuk berzikir di mana-mana, caranya kita lafazkan dahulu dgn lidah .....berulang-ulang sampai kita rasa hati kita dah berzikir...bila hati kita dah ikut rentak lidah,kita berhentikan lidah kita sekejap & mula berzikir dari hati...suatu tahap kita akan rasa yang hati kita tidak berhenti berzikir.  walau pun masa tu kita sedang bercakap dgn orang lain atau sibuk membuat kerja.. hal ini jadi sebab zikir kita dah bersatu dgn hati & sendi2 serta pergerakan kita...

" O..seronoknya jika kita dah capai kemuncak nikmat dalam berzikir kan bang?Terime kasih abang..InsyaAllah..umi akan cuba praktikkan tips yang abang berikan..cumanya umi ni lemah sgt...tolong ingatkan umi selalu ye 

" Sama-sama kasih sayang , "ucapan si suami mengakhiri perbualan suami isteri malam itu.....

"Bang,Jom sambung tengok rancangan Kalau Dah Jodoh ni..best pulak Ustaz Kazem Elias ni Berceloteh.." ajak si isteri...


"Ya Allah, Dekatkan lah hati kami dgn -Mu ,Engkau bukakanlah hijab penghalang untuk kami selalu mengingati-Mu  Ya Rabb.... Amin Ya Rabbal 'Alaminnn........


~Ummi Hajrah ~















Nak Sihat ?? Jom Follow Diet Rasulullah


Salam sayang semua....

Sekarang ni bermacam-macam penyakit yang menimpa manusia .... kebanyakannya berpunca daripada pembawaan makanan seharian kita... ye, nampak ringan bende ni kan... tahu kah anda Malaysia merupakan di antara negara yang menjadi penyumbang terbesar OBESITI ?  kadar pesakit JANTUNG yg tinggi ? KENCING MANIS ?? DARAH TINGGi????dan macam2 lagi la penyakit... Kadang dah biasa dengar semua  penyakit berbahaya ni,sampaikan kita dah boleh cakap  " alah...ko kena darah tinggi ke?normal lah tuuuu ..."  boleh plak camtu kan???....adakah kita salah satu daripada mereka?  jom elak!!

Diet Cara Rasulullah S.A.W

Petua ni umi suka betul nak amalkan...dan hajrah pun dah buat testimoni dgn tahap kesihatan diri sendiri dan juga keluarga.... Alhamdulillah,walaupun baru beginner,umi dah nampak sedikit hasilnya... cara yang paling terbaik untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat & cergas adalah dgn mengamalkan pemakanan sunnah & cara hidup seperti yang di anjurkan oleh Rasulullah ....

1 ) JANGAN CAMPUR!!!!   :



2) MAKAN BUAH  DULU 

-Sebelum makan,umi akan hulurkan buah-buahan dulu dgn suami @ keluarga baru umi hidangkan nasik + lauk. ni je cara nak mendisiplinkan diri sendiri n keluarga..sekarang ni, omputih ajar kita makan main course dulu baru dessert @ buah .. salah tu... Nabi Muhammad ajar kita makan buah dulu sebelum makan  menu utama ... khasiatnya ? bila kita makan menu utama dulu perut kita akan jadi sibuk mencerna makanan berat..jadi bila kita makan buah selepasnya , sistem pencernaan kita dah jadi penat nak mencerna buah tersebut..akhirnya kita x kan dapat langsung khasiat vitamin yang dibawa oleh buah-buahan yang kita makan ....

3) JANGAN MINUM AIR KETIKA SEDANG MAKAN

- Setiap kali makan,umi akan asingkan air daripada meja makan ..dah 10 minit pas habis makan baru umi capai air bg suami @ umi minum.terkadang tu umi basuh pinggan dulu baru minum.ada sesetengah orang tu ketika dia sedang makan dia suka sgt minum makan minum makan minum.. Bila umi tanya kenapa jawabnya senang je " senang nak mencerna makanan yg kita makan "  ..... yeke??? Sebenarnya ,Nabi Muhammad s.a.w tidak menggalakkan kita untuk minum ketika makan ... tahukah anda penyumbang terbesar kepada masalah PERUT BONCIT  adalah minum ketika sedang makan.Enzim pencernaan badan ada kesesuaian kepekatannya untuk mencerna makanan...tapi jika kita minum air ,air tersebut akan menyebabkan enzim tersebut menjadi cair dalam tidak mampu menghadam makanan. kesannya,penghadaman kita akan terganggu. 

4) JANGAN BERNAFAS KEDALAM AIR MINUMAN  ATAU MENIUP AIR PANAS  

-Fakta sains yang umi dapat dari mana2 sumber mengatakan "Apabila kita menghembus ketika minum, kita sebenarnya telah mengeluarkan CO2 (Karbon Dioksida ) yang apabila bercampur dengan air akan menghasilkan  H2CO3 (Asid Karbonik )yang boleh disamakan dengan CUKA. Apa yang kita tahu, asid ataupun cuka ini bertindak sebagai agen penghakis. Jadi, ia boleh menghakis sistem pencernaan kita yang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman . Sama jugak dengan minuman panas, Rasullullah tidak menggemari minuman panas kerana  kerana tiada keberkatan di dalamnya  dan diibaratkan seperti memakan api. So,biarkan dahulu makanan itu berkurang panasnya baru minum . berdasarkan pengalaman umi pulak..kalau benafas dalam minuman,tempat minuman tu akan bertukat busuk disebabkan bau busuk nafas kita dah bercampur dgn air. Cara umi , ketika minum umi tahan nafas kejap @ umi pakai botol yang corongnya bersaiz kecik. 

5 ) KUNYAH MAKANAN SEHINGGA BENAR-BENAR HANCUR

- Untuk memudahkan perut kita menghadam makanan, seeloknya kita menyunyah makanan sehingga benar2-benar hancur sebelum menelannya . Rasullullah mengunyah makanan 40 kali agar betul-betul lumat sebelum menelan makanan tersebut.

6 ) MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN 

- Makan lah menggunakan tangan kanan kerana tangan kita mengandungi enzim pencernaan yang baik . Sudu @ chopstik xde enzim okeh...plastik china ade lah...  Enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. 


Sebelum makan Rasulullah SAW akan mengambil secubit garam menggunakan jari kelingkingnya sebelum menghisapnya . Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikutdoktor dimana-mana hospital ,the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

7 ) JANGAN MENCAMPURKAN MAKANAN LAUT & DARAT  ( contoh : tomyam campur )

-Petua ini umi memang selalu amalkan & hasilnya suami umi yg jenis mudah sakit perut jarang kena serang sakit perut sejak umi amalkan sunnah Rasulullah ni . Kalau dulu setiap selesai makan makanan campur perut suami umi akan berangin semacam & x selesa . Para saintis membuktikan bahawa ion yang terkandung dalam makanan darat adalah bercas positif (+) manakala makanan laut bercas negatif (-). apabila keduanya disatukan,ia akan saling brtolakan antara satu sama lain.Tindak balas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus. Sebab itu lah NAbi melarang kita dari ikan bersama susu kerana susu adalah elemen sumber dari  daratan.


Umi dah cuba...dan hasilnya memang terbaik....

Yang belum cuba jom la amalkan ye =)

Salam Sayang ..

~ Ummi Hajrah ~




Monday 19 May 2014

Nukilan Buat Suami : Terima Kasih Menjadi Yang Terbaik Buatku


Lagi beberapa hari genap setahun usia perkahwinan umi. Nikmat yang paling umi syukuri ialah memiliki suami sehebat dia ... tidak pernah mengeluh sedikitpun akan kelemahan2 yang ada  pada diri umi...membahagiakan setiap saat..sabar & tenang melayan karenah umi ,tidak pernah sedikitpun meninggikan suara dek kerana agama yang memerintahkan utk sentiasa berbuat baik pada isteri .... sentiasa menerima baik resepi2 baru yang umi masak walhal terkadang terlebih masin,senyuman tetap meniti dibibir manisnya...Usai memakan masakan isteri, ayat " Alhamdulillah..syukur...terima kasih umi" sentiasa keluar dari mulutnya ...ketulusan abang mencintai umi tiada tolok bandingnya ... Perkara yang paling umi terharu & syukuri ialah saat kita ditimpa dgn ujian belum memiliki cahaya mata, abang tetap bersabar & memberikan kekuatan kepada umi untuk terus berprasangka baik dgn ujian_Nya...

Terima Kasih Abang.....

Cemburu...Takut..Sedih... ini lah perasaan yang sering menghantui fikiran umi...hanya kerana terlalu sayangkan dia.. umi merasa sangat takut akan kehilangannya... Setiap ketika umi bermimpikan perkara yang buruk2 sehingga menangis teresak-esak dikala bangun dari tidur,,kehangatan pelukannya tidak lekang dari terus memeluk umi dan memberikan ketenangan .... sehingga kan hampir genap setahun, umi tidak pernah sehari pun tidur tanpa berbantalkan bahunya. Seharipun umi tidak  pernah dapat melelapkan mata tanpa menghidu haruman badannya yg sentiasa  kekal wangi...hampir genap setahun  pegangan tangan kami  kekal erat setiap hari ..hampir genap setahun juga lah umi menerima pelukan hangatnya setiap awal pagi & di malam hari dgn harapan agar diperpanjangkan usia kami......itu lah suami umi....

mengapa umi sering bemimpi akan kehilangan dia... kerana umi masih belum mampu mengurniakan cahaya mata sulung buatnya buat umi rasa tidak sempurna  bergelar  isteri.. Walaupun tiap ketika dia akan "mencuci" telinga umi dgn menyatakan bahawasanya rezeki kurniaan itu bukan hak mutlak kita tetapi ALLAH azza wa jalla ... Umi lemah, kerana umi manusia...lemah kerana cinta...terlalu mencintai abang sehingga takut kehilangan abang....

"Allah tangguhkan rezeki anak kerana Allah tahu bilakah waktu yang paling sesuai untuk kita memiliki cahayamata..tiap hari kita berdoa untuk mendapatkan zuriat yg soleh & solehah... tapi tidak pernah pun kita muhasabah diri sendiri sebelum meminta.... cukup solehah umi??cukup soleh kah abang? sampaikan kita terlalu meminta-minta untuk mendapatkan benih yg soleh/solehah?  Kita yang harus memperbaiki & merawat iman kita...jika kita inginkan hasil yang terbaik ..kita harus jadi yg terbaik di sisinya .Allah itu Maha Adil umi.... dia nak kita jadi benar2 kuat & soleh sebelum Dia mengurniakan kepada kita  zuriat yg juga soleh.. sesuai dgn apa yg kita hajatkan,,..berprasangka baik lah dgn ujian Allah ini... "  ini lah kta-kata yang sering suami lemparkan buat umi tatkala umi rasa sgt down .... dgn nasihat yg diberikan umi kembali berdiri & berusaha .... 

Syaitan selalu membisikkan kata2 negatif ke telinga umi dgn menyatakan suami akan meninggalkan umi dan mencari org lain kerana umi tidak cukup sempurna & tidak boleh mengurniakan zuriat buat suami.. di kala umi mengadu hal itu kepada suami, hanya satu jawapannya " Syaitan hadir untuk menyesatkan & memecahbelahkan kita ... apatah lagi masjid yg kita bina,syaitan begitu membencinya.. kerana itu jgn lah engkau wahai sayangku turut terpengaruh dgn bisikan melainkan engkau mahu jatuh ke lembah kehinaan.. Cinta abg ikhlas kerana Allah..tiada sesiapa pun yg memaksa abg utk terus mencintai isteri abg melainkan Allah kerana Allah lah yang memerintahkan  utk abang berbuat baik terhadap isteri .. mengapa abang hendak mengkhianati jodoh yg sememangnya Allah dah ciptakan utk abang???

Terima Kasih  Abang ....



" Seandainya telah Engkau terbitkan cinta antara kami berdua , lindungi lah ia dgn Payung rahmat-Mu "

Kami tidak meminta untuk kaya & senang selamanya , kami hanya memohon agar genggaman erat tangan kami kekal sampai ke syurga...


Selamat hari Ulang Tahun Suamiku.....abang adalah hadiah terindah yang pernah umi miliki...


Ikhlas mencintaimu ,

~Umi~  







Wednesday 14 May 2014

Checklist Barangan Sebelum Anda Travel


Salam sayang semua..

Lagi 2 minggu hajrah nak travel ke Medan,Indonesia. Bila buat persiapan tu,terfikir plak nak buat checklist sebab risau barang tertinggal ke ape. Alang2 dah buat tu hajrah share la kat sini ye...mane la tau berguna buat pembaca ...


Checklist barang :

1. Electronic device - Universal charger , Power Bank, Kamera , Monopod (hihi) , Handsfree

2.Dokumentasi - Visa Passport , Mykad , Tiket Flight / Bas

3.Ubat-Ubatan : Minyak Angin , Panadol Actifast ,Panadol " Pink" , etc

4. Tisu & Wet Tisu

5. Toileteries Bag : Include Berus gigi , mandian ( jika perlu klu xnak pakai mandian hotel ) shaver 

6. Persalinan solat - Quran Kecil(jgn tinggal ),tasbih,telekung,kain pelikat lalalala, kopiah.

7. "pampers " (dewasa or kanak2 ) & pantyliner

8. Sandal

9. Plastik Kecil & Besar

10. Makanan segera ( sesuai utk travel oversea yg lidahnya x masuk makanan baru ) - megi , sambal kering , roti gardenia,gula2 angin , coklat

11. Jaket & Sweater @ Selendang Tebal. 

12. Nota kecil & Pen

13. Calculator ( utk kira exchange rate )

14. Stoking

15. Duit shopping .kalau oversea tukar siap2

16. cermin mana ( jika perlu )

17. vaseline : utk kulit kering

18.Pakaian yg mencukupi



Tips travel yg selesa untuk  Muslimah :

  • Pakaian :
 Pakai pakaian yg buat korang rasa selesa & sesuai dgn aktiviti yg bakal korang buat( jgn pakai dress plak) cth : t-shirt cotton + seluar

  • Kasut/Sandal : 
Elakkan memakai kasut tumit tinggi kecuali nak cari nahas kaki bengkak. Pakai kasut flat or sandal yg buat korang selesa nak bergerak.

  • Tudung : 
pakai tudung yg senang nak pasang, xperlu nak adjust & universal colour..pakai ape2 baju pun still masuk kaler..so xpayah bawak banyak..bawak 2 atau 3 pasang je... .Senang korang  kalau nak singgah solat  xpayah rushing fikir nak betulkan tudung selain  tu boleh pakai tudung yg berulang

  • Handbag
Pakai handbag yg sederhana besar (muat utk mcm2 ) & selesa utk korang shopping nti.Tali xterlalu pendek sebab senang nak capai duit klu nak bayar.Hajrah suka bawak handbag yg ada 3 compartment so hajrah senang nak asingkan bahagian mekap&toiletries/duit&documents/electronics.

  • Beg Mekap :
Of course nak jugak sebab nak tangkap2 gambar kenala nampak sweetkan?..xde hal..bole je..cuma bawakla mini beg mekap yg memuatkan brg mekap yg korang akan guna sahaja. lagi bagus yg 3 in 1.salin alat2 mekap ke bekas yg kecil . so letak dlm handbag je . (sekarang ni banyak je alat mekap yg khas utk travel) 

** kalau hajrah cuma ni je yg wajib : 

a) Sabun Pencuci Muka Dnars (mini)
b) Bedak Pixy 2 way cake ( as a foundation & bedak)
c) Gincu Revlon 3 in 1 **DIY (vaseline  &  gincu )  **
d) Minyak wangi saiz kecil 
e) Celak ( hajrah suka pakai celak ) 


  • Telekung :
nak paling senang xpayah bawak telekung ..pakai la tudung yg cukup labuh tutup dada n baju longgar sikit. bawak spare stoking . dah bole bawak solat. ..x payah nk ikut sgt adat org melayu yg seolah2 nk solat tu WAJIB pakai telekung.islam itu sgt memudahkan umatnya..,,asal sempurna tutup dah boleh dah...ye idok?

  • Kebersihan Miss V :

Pakai la panty liner, so bila travel nak singgah solat just tukar then boleh solat tanpa diragui tahap kebersihan s****r d***m ..

  • Ubat-Ubatan :

Prepare Panadol Menstrual utk wanita period , panadol actifast utk sakit kepla & minyak angin .Kalau hajrah,hajah suka minyak cap kapak tu..ade saiz kecil je.agak2 mabuk hajrah tonyoh je kat hidung..heheee...

  • Tisu/Wet Tisu :
Standby tisu dlm handbag.kang jalan jauh banyak berpeluh.Bukan hajrah je kekadang family hajrah atau husband  hajrah sendiri carik tisu kat kite..mcm la hajrah ni jual tisu..hehe...so penting tau!

  • Sweater :
Jgn lupa bawak jaket & selendang tebal yg boleh menghangatkan tubuh badan sekiranya cuaca sejuk .

  • Wangian :


Ni pun penting jugak utk korang tampil segar sepanjang hari... bawak minyak wangi mini then standby dalam handbag..agak2 pjalanan jauh n rasa berpeluh bole sembur sikit..jgn llebih2 sembur plak..sikit je (pilih wangian yg segar mcm baby / baru mandi )jgn yg tajam n pekat sgt nti org xselesa duk sebelah kita..

  • Berus Gigi & Pencuci Muka


standby berus gigi + ubat gigi & pencuci muka  mini dlm handbag..singgah solat boleh berus & cuci muka kejap agar kita selesa bercakap @ rasa  lebih segar dr tidur ( klu kita jenis kuat tidur dlm pjalanan )


ok ,tu je perkongsian yang hajrah suka nak share. Hajrah memang sorang yg sgt suka bersedia setiap kali nak travel jauh2.sampai kan family hajrah kata hajrah ni macam beg doreaemon..semua lengkap tp barang bawak xbanyak pun...

hope bermanfaat utk pembaca.

~Waalahualam~

















Wednesday 7 May 2014

Udang Masak Lemak Cili Api Versi Pantas & Efisien



Salam sayang semua...

hajrah nak kongsi resepi lg...hehe....apa yang pastinya resepi yg Cepat Pantas & Efisien utk wanita2 berkerjaya macam kite2 ni lerr.....  hehehe..so xde alasan nak masak sendiri rather than mintak bantuan bibik..okeh??


Resepi Udang Masak Lomak Cili Api Versi Pantas & Efisien

Masa Penyediaan : 10 Minit 
Hidangan : Dua Orang makan

Bahan A

1. Segenggam Udang ( yg dah siap bersih )
2. 1 kotak kecil santan  / Secawan santan Segar
3. 1 Batang Serai  & Daun Kunyit atau diantaranya
4. 1 Keping asam keping
5.4 batang Kacang Panjang ( di potong panjang ala batang mancis )
6.1/2 batang carrot di potong dadu
5.Garam Secukupnya

Bahan Ditumbuk/Dikisar:

1 Ulas Bawang Merah ( Saiz Besar)
2 Ulas Bawang Putih
3.10 Biji cili padi
4. 1 inci kunyit hidup


Cara Penyediaan :

1.Masukkan semua bahan A dalam periuk kecuali garam  . Tambah sedikit air utk sesuaikan kepekatan.
2.Masukkan bahan kisar kemudian masak dalam api sederhana.kacau selalu utk elakkan kuah santan pecah.
3.Akhiri dgn memasukkan garam sesuai kan rasa..Siap!!

Ini lah hasilnya .Udang Masak Lomak Versi pantas & Efisien yg hajrah buat semalam..


sekali rasa pasti terangkat!!


Tips Ibu : Jangan masak udang terlalu lama elak hilang rasa manis & keanjalannya//

Senang kan?


Jom ke Dapur!!












Tuesday 6 May 2014

Pakej Catering Majlis Kahwin


Salam sayang buat semua..

Sekarang ni memang betul2 musim kahwin..kat mana2 tempat mesti nampak khemah didirikan..macam2 colour tema kite nampak kan?Selamat berbahagia buat pasangan2 yang mendirikan rumah tangga..syoknye kawinn!!! hehe

Disebabkan sekarang ni musim kahwin, so kami pun xnak lepaskan peluang untuk mendapatkan tempahan katering kahwin . Oleh itu kami telah menyediakan pakej promosi yang kaw2 murah!! bergantung kepada bajet kawin anda... kepada sesiapa yang sedang mencari pakej lengkap..boleh la teruskan membaca ye..


Catering :

Pakej 1 : RM15/ Pax 

a) Nasi Putih + Nasi Tomato/Briyani/Minyak
b) 3 jenis  Lauk Utama 
c) Acar Buah / Sayur
d) Air Koktel
e) Air Panas & Sejuk

* FOC : Ulam,Sambal Belacan,Ikan Masin,Bubur Kacang/Kuih Muih


Pakej 2 : RM10 /Pax


a) Nasi Putih + Nasi Tomato/Briyani/Minyak
b) 2 jenis Lauk Utama
c) Acar Buah / Sayur
d) Air Koktel
e) Air Panas & Sejuk

* FOC : Ulam,Ikan Masin,Sambal Belacan ,Bubur Kacang


Pakej 3 : RM8/Pax

a) Nasi Putih @ Nasi Tomato/Briyani/Minyak
b) 1 Jenis lauk Utama
c) Acar Buah / Sayur
d) Air Panas & Sejuk

*FOC : Ulam.Ikan Masin,Sambal Belacan

** utk tempahan pakej 1 & 2 : Free menu pengantin yg sudah siap dihias cantik sekali!!!


  

Kanopi :

1 Khemah Biasa : RM 300
1 Khemah Makan Beradab + Hiasan Yg Cantik2 : RM700

Pelamin :

*Harga Pelamin berbeza bergantung kepada jenis pelamin 

Promosi Pelamin !!! lihat di bawah :


Pelamin RM1000 ke bawah :










Pelamin RM1200 ke bawah :







Pelamin Rm1700-RM2000 ke bawah :






berminat dgn pakej yang kami sediakan ?? Hubungi kami/text/whatsapp ke 017-2386643 ( Pn.hajrah ) / 012-3443949 ( En.Zaheer )








Thursday 1 May 2014

Baju Nikah Untuk Di Sewa


Salam Sayang Semua!!..

Umi hajrah ade nak sewakan baju nikah hajrah ... daripada duk simpan kat almari,xmembawa apa2 manfaat la pulak..dah la pakai sekali je itu pun xsampai 3 jam dah tukar..hehe...

So bg bakal2 pengantin yg nak nikah tp bajet xcukup nak beli @ sewa baju nikah grand2 t bole la tgok baju nikah hajrah ni ye ..kot ye berkenan kan...hajrah ni niat nak bantu je supaya korang dapat  berjimat ...xyah membazir la sewa mahal2 ...simpan duit utk lepas kawin lg bagus ye idok?

Sile la belek2 gambar2 kat bawah ni ye...

( sile fokus kat  baju pengantin perempuan je ek..hehe)






Add caption



Baju nikah ni hajrah jahit sendiri...so ade sentimental value tuk hajrah sebab tu x nak jual terus....


Harga Sewa :

Baju sahaja  Rm50
Baju+ Veil = Rm70
Baju+Veli+Shawl=Rm80
Veil Sahaja =Rm20


Alang2 nak sewakan baju nikah ,hajah pun ingat nak sewakan jugak baju sanding hajrah, yang ni pun sama jugak jahit sendiri..


sile abaikan muka gedik tu ye..hahaha


Harga sewa baju sanding same je dgn baju nikah ye..


Demi memastikan baju yg hajrah sewakan ni selamat kembali pada hajrah & tiada kerosakan berlaku,hajrah akan kenakan deposit seurity sebnyak rm50.Deposit ni penyewa akan dapat balik once baju hajrah dah selamat hajrah terima kembali.


Sesiapa yg berminat nak sewa kedua baju hajrah kat atas , boleh la terus hubungi hajrah ye... Call/Sms/Whatsapp hajrah ke : 017-2386643

P/S  : baju bersaiz S sahaje ....so muat utk korng yg bersaiz kecik..TQ