My Follower

Thursday 12 June 2014

UPT Negatif Lagi


Duka datang bertandang saat apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan .. hari ni check UPT lagi buat kali kedua selepas beberapa hari umi missed period .

Negatif 

Allah masih tangguhkan rezeki kami . Adalah asbab nya .Yang pasti hanya Allah je yang mengetahui . 

Mungkin umi belum cukup sempurna untuk bergelar ibu . walhal masih banyak kelemahan yang ada pada diri . Allah nak umi jadi betul2 kuat sebelum Allah memberikan amanahNya ( anak ) untuk umi jaga . 

ibu mertua umi berpesan " Bersangka baik je, ada lah rezeki dari Allah tu, kalau cepat sgt dapat tapi tak kualiti pun susah juga.. Allah nak kita betul2 kuat nak pikul tanggungjawab sebab kerja seorang ibu dan isteri tak mudah ..ingat senang ke nak dapatkan tiket masuk syurga? mahal regenye tu"

Syukran Jazilan ya Allah .... Thanks Ibu,Thanks Ayah, Thanks Suami ku ..org2 kuat yg selalu menyokong umi =)


" Apabila kita meminta (doa) pada Allah, Allah akan menjawab 'Ya' atau 'Tidak' ...Ya..kerana itu lah rezekimu hambaKu ...Tidak..kerana Aku sudah merancang sesuatu yg lebih baik untukmu " .....maka,bersangka baik lah selalu =D


~Ummi Hajrah ~  

"Redha ku untuk bergelar Umi"

1 comment:

najiahs said...

betul tuh.same2 kite doa k.:)letak umi dalam bloglist