My Follower

Tuesday 26 August 2014

Wedding Abg Long Navy Intake 10 Garuda Samudera



Tahniah Abg Long Zekry...dah kahwin dah kamu ye...dulu punye la nakal..dalam diam rupanya dah ade makwe..hihihihi...moga Allah memberkati rumahtangga Abg Long & Isteri... 

Dapat jumpa dengan rakan-rakan seperjuangan navy umi suatu ketika dahulu sebelum umi pencen dari bidang tentera Laut Simpanan ni.. Hari ahad lepas ( 24/08/2014 ) merupakan Bigday 'Abg Long " kami iaitu >>Zekry Zaki.. kenapa kitorang gelar dia abg Long ? sebab walaupun muka "babyface"..Kalau mengikut turutan Nombor Tentera & Umur..dia la yang paling TUA......hahahha


Umi doakan Moga AbgLong Zekry jadi Suami yang Soleh,pemimpin keluarga yang Soleh, Bapa Yang Soleh dan segalanya yg bersangkut paut dgn Soleh..hehehe...amin3x!

Review pasal Abg Long Zekry : Nakal , jiwa kental bila dlm latihan, suka belit (hahaha) , bersifat melindungi wlu pun kadang2 annoying, mudah rapat dgn semua org, semangat nak kurus tu sentiasa tinggi, gelaran " Sabun " " Bob" " Abg Kawasan " dan macam2 lagi.... Sikap keanak-anakan yela sebab anak bongsu tp sebenarnya dia baik sgt ... nampak mcm x suka komitmen dgn perempuan sebab suka bekerja keras..rupa2nya dalam diam dah ada calon bini... vah!vah bijak betul..hihi ... insyaAllah seorang yg setia   =D ..Congrats Bro dah jadi Laki org...uwaaaaT_T... tgok dia atas pelamin gorgeous dengan bini pun gorgeous ..dua2 gorgeous ..anak nti ntah super duper gorgeous la kot!haha... 

Yang buat umi teruja on his Bigday mesti la sebab sorang lagi team Garuda dah kawin tp selain tu yang buat umi seronok sgt2 ialah  kami dapat buat on the spot reunion masa tu dgn semua geng2 navy walaupun ada yg xdapat hadir.....Umi rindu sgt dgn geng2 seperjuangan navy umi ni...Susah senang tawa derita kami sepanjang join pasukan Latihan Tentera Simpanan Laut ( PALAPES) masa kat universiti dulu tidak dapat kami lupakan kerana itu lah yang mengeratkan hubungan 'adik beradik' kami ni...

Bila dapat jumpa dorang , umi rasa hepi sangat..masing2 dah lawa & hensem...yela, dulu nak lawa2 ni memang tak lah sebab masing2 muka burn kena bakar dek mentari..latihan pun kaw2 di bagi...memang xkan ada masa untuk penjagaan kecantikan..Dah namanya tentera...bukan pasukan model....tehheeeeee .. RIndu Korang Intake 10 T_T.....


Garuda Samudera ,PALAPES Intake 10 tetap dihati...( nampak tak bigbos zekry dgn isterinya..romantik kau jah!haha)..xsempat pun jumpe Piah & Izmi..ntah kemana dorang pegi masa umi sampai...belit la tu..


Kitorang sampai lambat..sampai je semua tetamu dah balik tapi depa sanggup tunggu..love u all!wuuwuu..teharuuu



Husband umi pun terjebak sekali dgn kegilaan kitorang tangkap gamba..hehe


Geng Ladies Intake ... dari kanan : Umi , KakYam,Miroo,Hana,Ekin,Udey & Arda..yang tak datang >> Tengku ( sarat mengandung ) & mierat ( Duduk perak..jauh..)


Pantang dapat selfie kami ni...dari dulu tak berubah!hahaha


Tak sempat jumpa Asma ( depan tudung biru ) & Moon ( Tudung Kuning) sebab depa kena rush pegi kenduri tempat lain...umi plak lambat sampai..gambar ni dapat dari group whatsapp..miss them ..uhuk! 




Viral 'peace' yang tak lapuk dek zaman..


FotoGediks!hahaha


Masa ni umi dah balik..ingat depa dh balik dah sebab masa tu umi dah hantar depa sampai depan kereta sebelum umi g solat asar...rupanya dorang turun balik tgkap gambar dgn pengantin..chaes!!!sampai ati x ajak T_T ( haa yang lelaki bermisai kacak tu la calon kakyam..hihihi..pandai kakyam cari calon..rupanya kawan suami umi masa skoalh menegah agama dulu..wiwit!)


Nampak tak abg long tu..dah kawin pun masih mcm kanak2..


Congrats Bro...Moga berkekalan sampai syurga.....Miss my team Garuda Intake 10 PALAPES NAVY Universiti Malaya..

Tercatit dalam ingatan =)

Turn sapa plak lepas ni??hehehehe..tak sabar berkumpul balik...

BAT-C umi ( kad tentera ) .Masih simpan kat dompet...Dah jadi askar Pencen dah umi..hehehehe ... 
  
















Jalan2 Cari Makan : Seoul Garden IOI Mall Puchong



Salam sayang.....

Last two week layan citarasa Korea with Liliyana & Cira Ezera ...

First time pergi Restoran Seoul Garden  di IOI Mall Puchong untuk citarasa Korea idaman Unnie Cira Ezera kita ni ..

Bila pergi ingatkan ada menu yang kita bole pilih ( ala carte ) tapi rupanya kat cawangan Seoul Garden ni hanya provide hidangan buffet>>makam sampai pengsan..hahahaha  bayaran yang dikenakan gile mahal ( bagi umi la sebab umi ni economist sikit ...hahaha) dia kira per seorang makan / RM40++  so total kitorang kena bayar Rm120++,Uiks masa dia sebut tu kami terkebil-kebil mata tengok antara satu sama lain,rasa macam nak keluar balik dari situ..hihi... Tapi alang2 dah sampai umi cakap kat depa,kita makan je la..hal makan jangan berkira..reward diri sendiri penat kerja ( yela tu umi,,cakap je tu padahal umi pun ikut terkejut dengan harga die..hahaha) ...

Bagi umi bayaran yang dikenakan sangat berpatutan b'coz kita bole makan unlimited sampai kembung perut!! hahahaha..pilihan die pun banyak ..umi suka!umi suka! ...so hayati lah gambar2 di bawah ye...biar gambar berbicara...teheeee....... (actually gambar x banyak sgt umi tangkap bcoz umi fokus untuk makan sampai puas je hari tu..yela,fikir RM40hengget melayang..rugiii kalau xmakan puas2..hihihihi..)



Ini la budak Cira Ezera a.k.a peminat fanatik Korea..sampai nak makan pun ala2 korea gitew....


Nampak tak banyak giler kitorang amek..ini baru first round..xsilap umi 3 ke 4 round jugak kami ulang2 makan...120hengget..120 hengget...haahahaha..nampk tak muka excited Liliyana kat ctu..wewhu..

Steambot ke nama mende ni? tampat panggang2 macam2...


Aneka 'Ramen" atau orang kita pangil 'Mi Segera"


Aiskrim Corner pun hadoo...


Salad & aneka sayur..sesuai untuk org vegetarian 


Bermacam jenis sambal..bagi lidah melayu,sambal belacan pun adoo..



Ini imej umi cilok kat google...hihih... ni pun umi banyak makan..jgn makan terus tau..panggang dulu..xkan nak makan mentah2...

Google 2 

Google 3 (Sayur Ala malay pun ade)



Memasing fokus makan..semua jenis sayang duit..so kalau xmakan banyak2 rugiii...hahaha

Yang kat tengah tu la kuah  'Kimchi' Bila rasa,hekeleehh..macam sup tomyam tawar...


One of my favourite...Sushi...yang best kat Seoul Garden,macam2 jenis sushi ade...boleh dikatakan semua jenis sushi tu umi ambik & rasa...sedapnyaaaaaaaaa.......

Google 4 ( Aneka Sushi )

Hekeleh konon nak suap..x payah..kat mulut umi dah penuh dgn makanan..haha

Peace Yaw!

Ini lah yang dikatakan "makan tak hingat kamera" hahaha




Nampak tak betapa licinnya kami makan tu..hoho..ini dah pusingan ke -4 ..sebenarnya banyak pinggan kosong penuh kat tepi umi tu tapi waiter dah amek...dua tiga kali jugak la waiter tu datang collect pinggan2 kosong kami..wehuuu...


So far,makan kat sini sedap2 plus puas hati walaupun mahal tapi berbaloi..




Apa kata umi??? umi bagi thumbs up 4 Bintang!!




















Wednesday 20 August 2014

Pembahagian Tugas Di Rumah Untuk Suami & Isteri yg bekerja




Salam sayang semua....

Suka betul umi baca entry dari blog akak ni  http://sueakgogeous.blogspot.com/  yang buat entry pasal pembahagian tugas antara suami dan isteri tanpa perlu mengaji orang gaji @ bibik .

Kenapa umi suka? yes because pembahagian tugas macam ni la yang umi & suami selalu buat  :



Haa list ni boleh jugak kita suami isteri jadikan rujukan dalam melayari bahtera rumah tangga . Yes kalau nak laksanakan sememangnya memerlukan tolak ansur dari kedua belah pihak . Tapi tidak sukar jika berkehendak..


Kenapa pembahagian tugas itu perlu ?? 

1. Kebahagiaan Rumahtangga

2. Akan wujud tolak ansur yang semestinya akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang

3. Penjimatan !! tak perlu bayar bibik untuk menguruskan rumahtangga kita sepanajng ketiadaan kita dirumah. Duit bayar gaji tu boleh simpan untuk anak2 atau melancong ke atau simpanan atau atau atau...banyak lagi lah

4 . Mengurangkan beban tugas isteri . yang ni suami kena faham . isteri keluar bekerja untuk menambah sumber pendapatan suami..itu adalah satu pengorbanan yang besar . Diumpamakan isteri bekerja 24 jam sehari walaupun tugas sebenar mencar nafkah itu terletak di bahu suami . 8 jam bekerja di pejabat & selainnya dirumah . Bila isteri kurang rehat akan wujudlah rasa stress & isteri tidak dapat melayan suami & keluarga sebaiknya disebabkan kudratnya yang sangat minimum . Sebab itu pentingnya suami membantu isteri di rumah ,baru lah keluarga akan lebih harmoni


Banyak lagi menfaat pembahagian tugas dalam institusi rumah tangga ni ....


Syukur alhamdulillah umi dikurniakan sorang suami yang sangat memahami & banyak membantu umi dalam urusan rumah tangga malah lebih dari yang sepatutnya sehinggakan tugas umi di rumah lebih kepada memasak sahaja sedang tugas lain suami yang buat . 

Suami2 seharusnya mencontohi keperibadian Baginda Rasulullah SAW dalam menguruskan hal rumahtangga .


Dalam hadis nabi ada menyebut ‘Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku dan contohilah aku’ dan setiap suami harus mengambil pengertian hadis itu sebagai panduan dalam mengemudi perjalanan mahligai yang dibina,” katanya.

Walaupun Rasulullah sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, Imam Ummah, pemimpin negara, ketua hakim dan panglima agung angkatan bersenjata, Baginda masih dapat meluangkan masanya membantu kerja rumah isterinya seperti menjahit pakaian dan membaiki kasut.


Sehebat insan bernama Muhammad SAW juga rajin membantu isteri nya ... perkara tersebut haruslah di contohi oleh suami2 pada zaman sekarang . 


~ILoveMyHusband~


Idea "Birthday Surprise" Untuk Suami



Allah Selamatkan Kamu Mohd Zaheer Bin Zainal Abidin .....

19.08.1990 to 19.08.2014 ...Genap 24 Tahun usia suamiku...Allah panjang kan usia mu wahai kekasih... Alhamdulillah...


"Terima kasih atas ingatan & do'a drpd sahabt2 & kaum keluarga..hakikatnya umur saya yg dipinjamkan Allah ini semakin berkurang jumlahnya sblm bertemu dgnNya..terima kasih kpd semuanya, semoga Allah memberi balasan baik kpd kalian semua..sekian ucapan ringkas.. 

By_ Zaheer Zainal  

Hari ni umi suka nak share idea & persiapan bagaimana umi nak memberikan kejutan  khas buat suami. Ye la, setahun sekali ..so sekali sekala tu nak la jugak buat something yang special untuk sang kekasih kan..ececeh! hehe...

Asalnya umi cadang nak beli sendiri je kek kat  Secret Recipe tapi last minit pagi sebelum malam harijadi suami tu tetiba umi terfikir nak buat sendiri je kek tu.. baru la special kan..hahaha... Asal nak buat kek coklat tapi umi tak ade oven kat rumah ...( kelengkapan dapur tak lengkap lagi ) so umi terfikir plak nak buat Moist Cake yang di salut dengan coklat . tu je la idea yang umi ada pada masa tu plus itu la resepi kek yang paling senang & suami pun memang suka makan .

Bermula la gerak kerja umi pada hari tu ( selasa ),kebetulan plak masa tu umi rasa tak sihat & terpaksa ambil halfday kerja ..hehe ..bila balik kerja je umi gagahkan jugak diri untuk keluar mencari bahan2 untuk Birthday Surprise suami ...

1.Hadiah

-Plan asal,seminggu sebelum harilahir suami umi nak ajak adik ipar pergi uptown cari baju Manchester United design baru sebab suami umi tergila-gilakan baju tu ( Suami pencinta Kelab Manchester United ,pantang ade game,umi duduk sebelah pun dia xkan perasan ..hhahaha ) tapi disebabkan tiap minggu ade je tetamu datang beraya rumah plus sibuk bantu ibuayah catering,maka suami pun tak izinkan umi keluar ke uptown waktu malam sebab dia nak umi rehat je... lagi pun kalau umi nak ke uptown susah jugak sebab suami mesti ikut & hantar ke mana je umi nak pergi . Kitorang ni dah macam belangkas dah, susah betul berpisah..kat mana-mana pegi pun mesti 'melekat' ..hahahah  ...

-So bila umi balik dari kerja halfday, umi terus ke IOI Mall untuk cari hadiah untuk suami... cari punya cari umi terjumpa satu baju jenama Blue Toms warna merah..design cantik! umi malas nak pilih terus grab sebab masa suntuk nak buat persiapan sebelum suami balik kerja.. grab & pay! settle!! kira ok la hadiah baju jalan warna merah kan..( Kira Pengganti Baju Manchester United yang warna merah tu laaa..haha ) 

2. Hidangan  Special 

-After beli hadiah , umi bergegas ke pasaraya Giant berdekatan IOI Mall untuk mencari bahan-bahan untuk hidangan special pulak . Untuk idea kali ni, umi plan nak hidangkan  Chicken Chop dalam suasana romantiks ala-ala candle light dinner gituuu.... vah vah!!  hahaha, ape lagi , umi pun carik la bahan-bahan untuk buat Chicken Chop versi UmmiHajrah yg paling ringkas ... nak resepi kena tunggu dlm entry lain ye..  untuk dessert , umi cuma beli Aiskrim & hias sedikit dengan gula urai warna warni & taburan kacang tanah & cucuk dengan coklat batang rangup ( umi pun xtau ape nama die...tgok je la gambar tu ye..hahaha  ) . & hasilnyaaa.........................





3. Candle Light Dinner 

-Walaupun  rumah umi sgt lah comel & takde meja makan hanya meja kecil je,itu tidak manjadi penghalang untuk umi teruskan idea Candle Light Dinner versi umi ..hahaha ... umi hanya menggunakan bahan2 yang sedia ada di rumah seperti lilin , Dua bekas  hiasan candy jar berkaki  ( umi dapat masa pegi kenduri org kawin) , alas meja & perfume oil wangian Vanila  bilik umi punya ( beli kat Hinode Shop  hari tu).Meja plak umi plan pakai Sofa  petak  L  shape umi . 






4. Kek 

-Haaa..ini la yang paling mencabar sekali .Asal nak bake kek coklat tapi rumah umi mana la ade oven... yang ada pengukus je, so nak taknak Kek Kukus Coklat je yang menjadi pilihan umi......Kebetulan plak suami memang suka makan moist cake, maka dengan itu umi pun buat la kek moist coklat kukus . habis dari Giant je masa on the way nak balik rumah,umi singgah kejap ke kedai kek berdekatan rumah umi untuk beli lilin kek , cucuk yang tulis "happy birthday '" ,ceri untuk hiasan & gula2 warna-warni . bahan2 lain untuk buat moist cake macam tepung,susu,gula ,serbuk koko dll ada kat rumah so pakai bahan yang ade je la...senang & jimat! 

Masa umi buat kek tu , badan umi pun x seberapa nak sihat kepala rasa macam nak pecah je denyut2 semacam..kebetulan plak masa tu umi tgh berpuasa sunat Syawal ...tenaga pun kurang...tapi umi gagahkan jugak buat kek tu demi suami terchentaaaa....wah gituuu...

Plan hampir rosak plak masa tu bila kek kukus umi x cukup masak!!! bila umi terbalikkan , tengah2 kek tu rosak sedikit...tidaaakkkk!!!  umi terus cari solution untuk menutup cela kek tu..umi tuang coklat cair  kat atas kek kemudian hias cantik2 tutp dengan ceri..hihihi ..siap!!


Gambar Sebelum 1


Gambar Sebelum 2



Gambar Selepas Di Hias 



ok tak?? boleh la kan untuk first trial..hahahahahahaha


5. Aturcara / Setting / Final Touch Up Sebelum Birthday Surprise 

-Walaupun semua benda dah siap bermula dari Setting Candle Light Dinner ,Hadiah,Hidangan.....tapi kalau aturcara tak setting betul2 , boleh jadi  akan berlaku dua perkara .. pertama, kejutan tak menjadi , kedua suasana tak seronok .... so, bagi nak elak dua benda ni menjadi , kena la fikir betul2 cara-cara nak bagi kejutan tu...heheheh

Petang tu umi dah sorokkan dah kek yang umi dah buat & dah standby dah ayam untuk dicampakkan dalam pemanggang ajaib umi malam nanti  .Sos blackpepper pun umi memang dah masak siap2 petang tu sebelum suami balik dari kerja masa tengah  siapkan juadah lauk berbuka puasa..naseb baik suami pun tak tanya sos blackpepper tu nak buat apa sebab umi masak simple je petang tu ( ikan goreng + sayur ) alasan kononnya umi tak larat nak masak juadah special . hehe...

-Umi plan nak bagi kejutan tu selepas je suami balik dari masjid lepas solat isyak . Tiap malam selepas maghrib & rehat kejap.suami akan ke masjid untuk solat isyak berjemaah @ hadiri pengajian . Entah kenapa malam tu suami rasa macam x larat pulak nak ke masjid sebab dia pun rasa nak demam macam umi . Ha sudah.... jadi satu masalah plak.. puas la malam tu umi bagi tazkirah ringkas kat suami keluarkan fatwa lelaki kena jadikan masjid rumah ke dua la...masjid dah rindu kat suami lah..macam2 alasan & pujuk rayu akhirnya suami pun gagahkan la jugak ke masjid ... 

Turun je tangga , umi cepat2 kunci pintu n keluarkan semua  bahan2 untuk panggang chicken chop ,panaskan sos, goreng sayur2 die , & susun salad bagai ( umi taknak masak awal2 nanti tak sdap..hehe ).... kemudian umi berdesup plak angkat sofa petak umi,alas dgn alas meja & mula la susun ikut idea asal candle light . Kemudian keluarkan plak kek yang umi dah sorok dalam peti ais yg ditutup dgn periuk,umi  letak kat tgh meja yang umi dah hias.  

Kemudian matikan lampu n pasang lampu tidur..biar jadi x gelap sangat n bila tangkap gambar bole la nampak muka suami umi  sebab suami umi bukannya cerah pun...hahahaha....aiskrim pun dah siap hias umi biarkan je dalam petibeku ....kat tangan dah standby lighter nak hidupkan lilin 


tengah setting2 meja candle light tu..tetiba suami ketuk pintu  pulak!  alamak,cepat betul die balik!!! ... umi pun ape lagi.... kelam kabut hidupkan lilin & ambil aiskrim kat dalam peti ais & letak kat meja tadi... berkali-kali jugak suami ketuk pintu umi x bukak ... dah siap je setting terus bukak pintu .....SURPRISEEEEE!!!! 

Sambil nyanyi lagu 'Allah Selamatkan Kamu"...suami tak henti2 cakap " Ya Allah umi,,,...ape semua ni umi..Ya Allah...Subhanallah...terima kasih umi..terima kasih umi..." ( sampai malam tu nak tidur tu terima kasih dia x habis2 lagi...) umi nampak muka suami muka blur jeee masa tu sebab x sihat tapi masih terpancar wajah terkozut tu sampai tak terkata  tengok meja mini candle light dinner umi depan die...muehehehe


Saksikan lah gambar2 di bawah ye....biar gambar berbicara...teheeeee....


Masa ni masih terkejut tu ...hahahaha..nampak tak mini  candle light dinner umi..hihihihi...guna sofa petak L shape je..haha

umi suruh tiup lilin kek , dengan  candle light stand tu sekali dia tiup...hahahaha


husband : Yeay! dah tua saye......


Menikmati aiskrim beli siap ..teheeee

tgh syok makan eskrim,paparazi sibuk tangkap gambar besday boy..haha



Nampak tak muke comel  senyum tu...


Gwiyomi la sangaaaattt.... hahahaha


Terima lah hadiah  yang sederhana dari umi...

 Peace Yo! 


Mini candle light dinner umi 


Chicken Chop versi simple =)


Aiskrim beli je..haha


Kek Moist Chocolate Kukus 


Happy Sweet 24th Year Dear Love .... Moga memperoleh keberkatan usia =D



Licin!!! ape je yang tak licin kalau suami umi makan....hahahaha


Sekian sedikit perkongsian .. moga boleh menjadi  sumber idea untuk memberikan kejutan yang istimewa untuk suami-suami anda walaupun idea ni simple je .....hehe ...


"Sebaik-baik hadiah ialah hadiah yang kita buat sendiri walaupun hasilnya tidak sehebat beli di kedai ..hihihih " 


~Salam sayang dari Ummi Hajrah ~