My Follower

Tuesday, 23 September 2014

Resepi Sanggar Peppek ( Pisang Ketuk@Penyek)


Salam sayang semua ...


Dah lama pulak rasa tak update untuk kongsi resepi kan... ok kali ni umi rajin nak share resipi warisan turun temurun nenek > arwah mak > ummi ....

Resipi ni boleh dikatakan hanya boleh jumpa jika umi balik kampung umi kat sabah .. Resipi ni fofular di kalangan suku kaum Bugis ( macam umi) ...So far umi menetap di Semenanjung , tak pernah pulak umi tengok orang buat pisang goreng penyek  ni..Hakikatnya resipi ni tersangat lah best lagi sedap umph gitew....!!


Sebab tak pernah tengok org kat sini buat.. suka umi kongsikan resipi simple ni ek..sapa cube confirm tak menyesal sebab memang sedap. Sekali sekala apa salahnya cuba resepi lain pulak kan?

Asal usul resipi "Sanggar Peppek@ Sanggarak Peppek" ( Umi ubah jadi sanggar poppek sebab bunyi " p*ppek tu macam tak kena je kan...hahaha) ni datangnya dari Inonesia.Yes,my grandma & mom datang dari seberang before kami menetap di Sabah . Sanggar bermaksud pisang goreng manakala P*ppek tu dalam erti kata bahasa melayu pula  ialah 'pop' atau penyek@lenyek@penempek@ ketuk ...Berdasarkan info dari adik arwah mak pulak iaitu makcik ummi, nama lain bagi Sanggar Poppek ini ialah "Pisang Janda" . Kenapa ? Sebab ia kena digoreng dua kali ( kira maksud makcik umi ni mcm janda la , dua kali kawin gitew....dah kena goreng pastu angkat pastu goreng lagi...eh?ada kaitan ke makcik?? hentam je laaaa makcik....) hahahaha~ 


Selalunya resipi warisan ringkas ni di buat untuk sarapan atau minum petang & makan cicah dengan sambal tumis tomato ( macam sambal ayam penyet tu ) sambil ramai2 tengok drama kat televisyen...kruk krak sambil2 tarik hingus sebab pedas2 manis gitew sambalnya .... selain sambal tomato, boleh cicah dengan sambal belacan & apa2 je jenis sambal mengikut tempat & budaya lidah nak sambal jenis apa.. tp kalau cicah dgn sambal tempoyak macam tak ngaaammm je.... hahahaa...


Ok selesai suda sedikit pengenalan mengenai Sanggar Poppek ni ye.. so tanpa membuang masa,mari lah kita skodeng resepi ni ek...


Bahan- Bahannya ialah :

1. Satu ikat Pisang Abu @ Pisang Batu Mengkal Separuh Masak (Boleh guna apapun jenis pisang asal pisang muda ler..kalau pisang dah masak cemana nak lenyek sebab dah lembut,buat cekodok boleh laa... )


ihsan Makcik Google..hihi


Haaa..tu je....hahahaha


Bahan Sambal Pulak :

Sambal ikut citarasa masing2 ye..kalau umi,umi suka cicah dgn sambal tumis tomato :

1.3 Ulas Bawang Merah
2.1 Ulas Bawang Putih
3.Sedikit Belacan 
4.Sedikit Ikan Bilis (optional) @ Udang Kering
5.Cili Padi Merah 10 Biji ( kalau pedas sgt boleh kurangkan )
6.Satu Biji Tomato Saiz Besar Potong Dadu
7.Sedikit Garam
8.Sedikit Gula
9.Sedikit Air Asam Jawa



Cara Buat Sambal :

1. Bakar @ Tumis  Semua Bahan  Kecuali Gula,Garam&Air Asam Jawa

2.Habis tumis,masukkan dalam lesung & tumbuk  @ nak blender kasar pun boleh





3.Jika dah separuh hancur, boleh tumis sekali lagi,masukkan garam,sedikit air asam jawa & gula .Biarkan sambal agak kering..tutup api..tup!siap dah....


& Hasilnya .....












Cara Buat Pisang Goreng Penyek :

1.Buang kulit pisang (pastikan tangan & pisau di sapu minyak sebab pisang muda masih  bergetah ) @ kopek kulit dalam air pun boleh

2. Panaskan minyak & goreng pisang yg dah siap bersih tadi . Goreng Separuh masak kemudian angkat & biarkan seketika.









3. Penyekkan @ ketuk Pisang menggunakan anak lesung @ sudip kayu @ apa2 sahaja benda berat yg boleh penyekkan pisang tu . Umi guna anak lesung..Penyekkan sehingga agak nipis tapi jgn terlalu nipis nanti hancur la pulak .Gunakan plastik untuk mengelakkan pisang melekat pada landas






4. Goreng semula pisang yg sudah di penyekkan itu tadi dengan minyak panas . Pastikan goreng sehingga garing diluar tapi lembut di dalam..gituuuu.... . Angkat & toskan .







5.Hidangan siap..boleh dimakan dengan sambal tumis tomato tadi ...















Oh!ini peberet suami umi okeh! licin aje kalau umi buat .....( masalahnya suami umi ni masak apa pun licin...perut nage kot!hahaha...sori laling..i termengutuk u pulak..keh3x!


Selamat mencuba!!!!






6 comments:

Bbwana adienia said...

Sya penah dengar nama sanggar poppek ni ^_^…tapi, belum penah merasa..

Anizz Annisa said...

pernah tgk pisang cmnie..tp xpernah dgr nme..hihi..nampak pun menyelerakan :)

Mrs.Zaheer_Hajrah said...

yup2...umi kalau balik sabah mesti mintak makcik atau kakak buatkan..sdap..korang wajib try!!

lonely spirit said...

Kesian😂😂

cikbunga said...

sedap gila hehe. baru ja try buat tadi. mmg berpeluh peluk bah makan hehe. thank you for sharing this recipe :)

Syazwan Hakimi said...

Bukan peppek * , sebenarnya Sanggar Pappek .