My Follower

Wednesday, 13 August 2014

Tetamu Membawa Rezeki



Salam sayang semua...

Alhamdulilah , bulan syawal kali ni merupakan bulan yang paling bermakna buat umi dan pasangan . Selain sudah mempunyai kediaman sendiri , umi & suami tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu baik dari dekat mahu pun jauh .

" tetamu tu rezeki dari Allah ..tak kira lah walaupun hanya seekor kucing yang meminta sedikit sisa makanan dari kita ....semua bawa rezeki pada kita..jadi wajiblah kita melayannya dengan sebaik mungkin ,itu lah etika yang agama kita mahupun Nabi Muhammad S.A.W anjurkan agar kita memuliakan tetamu ", pesan suami..


Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.


Huraian Hadith: 
Tetamu, secara pasti datang dengan maksud dan tujuan tertentu. Dalam konteks inilah Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat). Dengan perkataan lain seseorang itu belum disebut beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, selama ia tidak memuliakan tetamunya. Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa tetamu itu, sama ada kaya, miskin, Islam ataupun kafir, Allah memerintahkan kita agar memuliakan mereka. 

Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasa tidak perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda memuliakan dan menghargai tetamunya dari sesama pengikutnya. ˜Disebabkan ia bukan umatku yang beriman', begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s menyampaikan teguran Allah: "Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu ? Jawab nabi Sulaiman: Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?" Jibril bertanya:"Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?" "Allah!" Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. "Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?" "Allah!" "Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?" "Allah!" "Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?" "Allah!"
"Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?" Nabi Sulaiman a.s terdiam dan terus bersujud.
"Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini." Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:Wahai nabi Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.". Bergegaslah Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: "Saudara, tunggu...!" Tetamu tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. "Kenapa?" "Saudara... sudikah engkau memaafkan perlakuan saya , ketika mana saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?" Orang itu diam. Dalam hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda. Tetapi dia terus juga bertanya: "Kenapa, wahai Sulaiman?" "Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku."
"Allah? Siapakah dia?" Tetamu itu bertanya. "Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya."
"Lalu, kenapa Dia menegurmu?" "Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?"
"Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?" Tetamu itu bertanya penuh taajub ."Iya...! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu" Nabi Sulaiman meminta.
"Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!" Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Sumber Rujukan : http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2013/12/kelebihan-memuliakan-tetamu.html


Begitu lah sedikit iktibar yang boleh kita ambil untuk menunjukkan kepada kita betapa penting & berhikmahnya kita memuliakan tetamu . 


Alhamdulillah, tidak dijangka dgn umur kami yang masih boleh dikategorikan sebagai pasangan muda,kami sudah menerima ramai kunjungan tetamu yang jauh lebih 'makan garam' dari kami ... malah banyak tips & juga nasihat berguna yang kami perolehi dalam melayari hidup berjiran & berkeluarga . 

Ya Allah,pelihara lah tetamu-tetamu kami ... Allahumma Amin....














Tuesday, 12 August 2014

TIPS DIY : Mini Travel Cosmetic Kit




Salam sayang semua ...

Para isteri digalakkan untuk selalu  menjaga penampilan dalaman mahu pun luaran. Bukan hanya anak dara saja malah para isteri lah yg seharusnya lebih fanatik dalam menjaga kecantikan masing2 .

Set kosmetik mahupun penjagaan kesihatan dah memang sinonim dgn wanita. Walaupun kita sibuk dgn urusan rumahtangga,anak & kerjaya,sudah pasti itu bulan alasan yang munasabah untuk kita tidak menitikberatkan penjagaan kecantikan .

Hari ni umi nak share tips yan memudahkan kita untuk membawa alatan kosmetik/skincare kita ke mana saja kita pergi. Yes, tips ni dah banyak org amalkan tp ada je sesetengah kakak2 adik2 or makcik2 yg masih tidak tahu & menyusahkan diri sendiri membawa kosmtik yg berkilo-kilo beratnya!!hahaaha...

Setiap kali umi keluar kemana-mana , ada beberapa alat kosmetik yang umi akan sentiasa bawa iaitu compaq powder , lipstik , pelembap muka,pencuci muka,eyeliner, minyak wangi,makeup remover & terkadang tu rajin bawak mascara ( kerana aku yakin mataku cantik sekali ....ewah!!!perasan!! )

SO,before umi bertukar, lebih kurang macam ni lah keadaan alatan kosmetik umi setiap kali travel  yang berat nanang  n berterabur dalam handbag!!.....hahaha



Berat n menyusahkan!!

Dgn kosmetik lagi,skincare,handphone,kamera, power bank...lain lg suami nak tumpang kopiah la,jam la,dompet la...mane tak besar handbag umi kena bawak...huhu.. so,perubahan harus dilakukan!!!


& hasilnya..........



**********************************************

TARA!!!!




mini travel kit/bottle/mini container  banyak jual kat kedai2 seperti Komonoya,Mr Diy , HinodeShop , Daiso & tempat2 yang related yang provide barang2 yg murah belaka .

bagi memudahkan umi bawak kosmetik penting umi, umi akan alihkan ke bekas mini skincare & kosmetik yg umi akan gunakan ke dalam mini container/travel bottle mcm kat bawah : 



Losyen & CC Cream : salin dlm mini container pink yg umi beli di MR.DIY ( RM1.80)


Gincu Revlon & Farmasi : Dlm bekas ubat beli di MR.DIY ( Rm2.00)


Pencuci Muka + Pelembap Muka + CC Cream 


All in 1 mini plastic container (refer gambar dibawah )


Beli di Komonoya ( RM5) dalam tu ada 8 Mini container in 1


Umi refill 3 bekas je..bekas berbaki tu simpan esok2 boleh tukar.





Baby Cologne dlm spray mist beli di MR.DIY ( RM1.80 ) 


Semua Set skincare + Cosmetic yang umi dah salin dlm mini travel kit 



Jimat Ruang!!!


Lepas ni x bawak berat2 dah dalam handbag...senang !!






















Segmen Blogwalking Ogos By Karya Mahirah




Umi join segmen blogwalking by Karya Mahirah diatas ..jom sertai kami!!  klik disini





Thursday, 7 August 2014

Ayam Kicap Versi Laju-Laju!


Salam sayang semua...Alkisah malam semalam buat kenduri doa selamat bersempena hari ulang-tahun kelahiran atuk yang ke-90 ..Buat kat rumah ibu , so balik je kerja terus pegi..selesai kenduri dalam jam 12 tgh malam..balik rumah je terus prepare baju nak gosok,tanak nasi & biarkan dlm mood 'warm' n basuh   pakaian sikit ..uh penat! masuk tidur dlm jam 2...

At last umi terbangun lambat lagiii ..oh tidakkkk!!!dah la letih kenduri xhilang lagi..umi gagahkan diri jugak utk bangun...

bangun jam 7.10 minit..umi solat dulu sehingga 7.20 am mcm tu kemudian berdesup ke dapur untuk sediakan bekalan makanan untuk suami... naseb baek semalam sebelum tidoq umi ada keluarkan sedikit ayam  dari peti beku.so pagi ni dah x beku dah..huhu..fikir nak masak ape dalam masa kurang dari 15 minit ( coz suami gerak ke tempat kerja  selalunya 7.30am . Hari ni memang xsempat sarapan,tp umi cuba jugak makan untuk makan tghari suami nanti ( office suami kat masjid negeri,Shah Alam,so kalau lunch nak kena keluar jauh sikit...suami suka bawak bekal sebab jimat masa )

Nak tau apa umi masak ?

Taraaaaa!!!!!



Mempersembahkan Ayam Kicap Versi Laju-Laju dari umi hajrah..hahahaha

Bahan :

Ayam
2 Ulas Bawang Merah +  1 Biji Bawang Putih
1 inci Halia
Cili merah sebatang di potong panajng
1/2 batang carrot dipotong2 
Cili blender 2 sudu makan
Kicap Manis Cap Udang
Tepung jagung( utk pekatkan kuah**optional)

Cara: 

1. Ayam dipotong 6 bahagian  (potong kecil)  : selepas bersihkan,letak garam + kunyit sikit gaul2 kemudian tumis dgn minyak panas yg sedikit di atas kuali.


2. Sementara tumis ayam tu ,umi laju2 hiris bawang merah,bawang putih & halia

3.agak2 ayam dah 3/4 masak umi  masukkan cili blender ( umi ada standby kat peti ais ) ,tumis sekejap kemudian umi campak bahan2 hiris tadi .

4.After tumis gaul2 rata,umi campak lagi kicap manis (ikut suka ati je sukatan macamana asal nampak hitam ok la tu ) bersama sedikit air

5.sementara tunggu kuah agak pekat tu ,umi potong2 carot & hiris panjang cili merah .kemudian umi campakkan lagi dalam kuali... 

6.Sesuaikan kepekatan ,umi letak sikit air tepung jagung nak bagi pekat sediiikit...( sebab umi "tercampak lebih air nak bg kuah lebih )

7.Tutup api,salin ke lunch box bersama nasi yg umi dah masak semalam. 

8.tepat 7.29am , siap!!!!


Waktu penyediaan : 9 minit!!!(termasuk penyediaan bahan2..)


Alhamdulillah, sempat jugak kami berdua bawak bekal walaupun hanya ayam kicap simple..jimat!! 


** Jangan jadikan urusan sibuk bekerja sebagai alasan untuk kita mengurangkan pahala memasak sendiri untuk suami **



Jom kumpul pahala !!  











Wednesday, 6 August 2014

Cekodok Pisang Versi Cepat & Pantas


Isteri2  berkerjaya di luar sana sering menjadikan alasan bekerja sebagai batu penghalang untuk masak sendiri sarapan untuk suami .... banyak je cara @ kaedah mudah agar kita sempat memasak sendiri dari air tangan kita untuk bekalan suami.. tak kisah la seringkas mana masakan kita tu asalkan kita masak..baru la suami sayang & lebih menghargai kita sebagai isteri...ye idok??!!

So, disini suka umi nak kongsikan tips beserta satu resepi paling ringkas di dunia bagi isteri yg bercadang nak buat sendiri sarapan utk suami sebelum gerak awal ke tempat kerja. 

Waktu penyediaan : Kurang dari  5 Minit!!!


Cekodok Pisang Versi Isteri SuperWoman !!

Sediakan bahan2 ini di (malam hari sebelum tidur ) :

1. Pisang ( siap buang kulit & potong kecik)
2.Soda Bikarbonat 1/2 sudu makan
3.Gula 3 sudu makan
4.Tepung Gandum 3 Sudu Besar ( boleh adjust ikut thp kepekatan )

Cara :

1.Blender SEMUA bahan (kecuali tepung) 

2.Curah dlm mangkuk kemudian masukkan tepung..kacau sebati & sesuaikan kepekatan,,agak2 dah pekat n boleh cuit  bulat dgn tangan ok la tu...

3.Simpan dlm peti Ais

Esok awal pagi sebelum g kerja :

1.Ambik bancuhan cekodok dlm peti ais, cuit dgn tangan & 'drop'kan dlm kuali berisi minyak panas(mcm goreng cekodok tuu) balik2kan.SIAP!!

Ini cekodok pisang umi buat pagi td..ngam sgt waktunye sebab kami berdua terlewat bangun..suami bawak g tempat kerja..bnyk plak tu utk share dgn rakan2 ofis dia..umi pun bawak jugak..licin!!


**********Hidang bersama minuman panas kegemaran..klu umi xde lain melainkan TEI YO ( Teh O )******************


Senang habaq hang.....



Jimat,Pantas & Efisien..boleh bawak utk dijadikan bekalan @ makan dlm kereta masa nak tempuh jalan jem..hihihi...