My Follower

Monday, 21 April 2014

Susun Atur : Tudung Bawal




Serabutnyaaa tgok banyak sangat tudung! tu la, masa beli xhingat dunia, buat2 lupa tempat storage tudung  tu sempit je..hadoi...camana nak susun atur tudung bawal yang melambak ni supaya nampak kemas & senang nak capai ye?????? aduhhh.........


Eh! jangan pening2 .. mai sini hajrah kongsikan cara nak buat supaya tudung2 bawal kita yang banyak tu nampak kemas je + mudah  nak dicapai...  yg ni susun atur pertama yg korang boleh buat....terpulang la nak itot ke tak okeh : 


Tips 1 : Gantung/Sangkut 

Ni orang ramai suka buat  sebab paling senang nak capai ,sebelum tu korang kena ada hanger tudung macam  ni : 

sila abaikan si meow tu ye...




sebelum tu lipat tudung awal korang panjang2 mcm kat bawah :

imej ni terbalik..pandai2 korang la  terbalikkan mate korang..jgn juling sudaa..





ok kemudian gantung je tudung bawal korang elok2,,susun elok2 :



repeat berulang kali cara yang sama  :

asingkan , tempat gantung bulat2 tu utk bawal biasa,yg sebelah tu untuk bawal bidang besar




alaang2 tunjuk susun atur bawal,hajrah tunjuk sekali untuk shawl ye :

untuk shawl sebab ia nipis,hajrah gantung kat tempat gantung ala2 hanger kecik camni (hajrah beli masa trip ke sarawak ari tu . rm5 jee...


hajrah jarang pakai shawl so koleksi shawl hajrah memang sikit je.heks!



untuk tudung yg ada awning pulak hajrah prefer utk gantung kat tempat sangkut biasa je mcm kat bawah :



atas utk tudung awning lembut & ada dagu, yang bawah utk awning keras..hehe,nampak xkemas sebab hajrah xprepare pun mase ni...haha!


kalau korang jenis yang x suka gantung , rasa macam bende tu serabut sgt, jgn risau boleh buat cara yang kedua. cara ni nampak lagi simple & tersusun cantik ! 

Tips 2 : Susun 


untuk tips ke- korang kena ade compartment box@ boleh buat sendiri (kalau hajrah pakai kotak kasut )atau beli je kat Daiso @ Mr D.I.Y atau kat mana2 je yang ada jual kemudian susun mcm ni je :





copy paste kat tenet...coz hajrah xsempat nak capture susunan yg hajrah buat..pinjam ye cik puan owner..share ni org ikut dapat gak pahala..hehe



Kedua-dua cara ni pun kita boleh buat asalkan kemas & tersusun rapi apa yang penting kita cuba le wujudkan suasana yang kemas & tersusun kat rumah,baru lah suami masuk rumah pun x streess..dgn kita2 sekali akan stress kalau semua bende xsusun dgn kemas..bak kata cogan kata hajrah :  Suami suka ibu mertua percaya..hahahaha!

nak ikut boleh ,xnak ikut pun boleh...hanya sekadar perkongsian..sharing is caring

jom jadi isteri yang hebat!!

。◕‿◕。
*.: *゚・ ¤Wallahualam♬♪♩♭♪ の☆→あ £❤













Contact Me



 Contact Me Ok     {^◕‿◕^


。◕‿◕。 My Facebook : https://www.facebook.com/hsafri


。◕‿◕。 My Instagram : http://instagram.com/hajrahsafri


。◕‿◕。 My Google Mail  :  hajrahsafri31513@gmail.com


。◕‿◕。 Whatsapp / WeChat  : 017-2386643 / 012-3443949



Sunday, 20 April 2014

Cucur Jagung Simple



Inginkan menu sarapan @ minum petang yang cepat,pantas dan efisien? sesuai utk isteri2 yg sukakan kepantasan dalam segenap segi..keh3x...rahsianya boleh tgok gambar di atas..perggghh!nyumi-nyumi!! cucur jagung peberet my Mr.Bambam,sedap & rangup kriuk-kriuk!....


Senang aje lah, semudah 1,2 & 3 ....


Cucur Jagung Versi Hajrah 

Bahan2 nya ialah :

4 batang jagung manis (ambik isinya saje..tp klu nak lagi UUmmmph!,rebus dulu dgn air garam cenonet baru amek isinya )
4 sudu besar  tepung jagung
sedikit soda bikarbonat(xnak letak pun xpe )
1 biji hirisan bawang merah ( nipis2 tau )
Isi udang ( ikut la berapa banyak korang nak /gmbar kat atas hajrah xletak pun,udang mahal!!hehe )
Hirisan cili merah ( nipis2 jgk )
daun kucai ( hajrah xletak pon..)
1 @ 2 biji telur ( nak lg sedap n rangup letak dua bijik,tp jgn masukkan kulit sekali..haha )
Minyak utk menggoreng ...xkan nak goreng pakai air kan..hihi
Sedikit pewarna kuning( mekap la ckit biar kaler nmpak menawan gitu)
Sedikit garam & gula

Cara nak buat :

1. gaulkan SEMUA bahan sampai sebati & agak pekat sediiikit
2.Hidupkan api,panaskan minyak.GORENG 
3. ANGKAT & sedia utk di balun sampai habis...hehehehe

Sedap dimakan ketika cucur masih panas...rangup gitu...


Senang kan?semudah 1,2 & 3 bak hang... jom try!

(Gambar : Hajrah prepare malam utk sarapan esoknya,after gaul sebati letak dalam bekas tupperwre simpan dalam peti ais..esoknya terus goreng n makan panas2..bole cecah dgn sos kesukaan korang ye..)












Friday, 18 April 2014

Ayam Goreng Kunyit









Selera tak tengok gambar kat atas? hehehe.. Actually itu bukan gambar yang hajrah masak. tu copy kat tenet je..mintak maaf la ye tuan empunya imej..pinjam sat noo... haha..

ni adalah salah satu resepi yang paling simple & mudah nak d siap kan semudah 1,2 & 3 .....resepi ni selalu menjadi pilihan hajrah untuk bekalan makan tengahari suami sekiranya hajrah terlewat bangun atau malas nak masak sebab sekali campak je dah siap.kat situ ayam,kat situ jugakla sayur .2 in 1..nak pedas2 sikit letak la cili,,hehe.. so bagi suri rumah yang baru tahap beginner dalam dunia masakan macam hajrah bole la try resepi di atas.


Bahan bahannya ialah :
  • 400 gram dada ayam - dipotong dadu 
  • 3 tangkai kacang panjang - patah2 kan
  • 1/2 biji carrot - potong panjang atau ikut suka
  • 1 biji bawang besar- potong panjang bukan bulat tau.
  • 2 ulas bawang putih (ketuk dan hiris halus)
  • 1 biji cili besar
  • 4 biji cili padi (x letak pun xpe,sebab suami hajrah suka pedas hajrah letak la
  • 1 sudu teh kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Masak :

1 ) Panaskan Minyak,goreng isi ayam yg telah digaulkan dgn garam & kunyit.angkat!
2) Masukkan sayur kacang & carrot yg dah siap potong bersama bawang putih tadi dalam kuali yg sama,goreng separuh masak .
3) Akhiri dgn memasukkan ayam yg dah goreng tadi beserta hirisan cili panjang & bawang besar. 


Siap! senang kan? kan dah kata, semudah 1,2 & 3  je...hehehehe...


"Life Is Simple, Make it as simple as u can but U enjoy with it..."





Sad Ending : Anak2 Kucing Kesayangan Baba&Umi









Rindunya dengan anak - anak umi di atas ni... namun kerana terpaksa umi  melepaskan mereka pegi... 
sebagai tanya ingatan umi nak simpan gambar2  anak2 umi dalam blog ni..sesekali umi rindu umi akan bace balik entry ni ..


hari ni hajrah nak story pasal anak2 yg hajrah pernah jaga a.k.a anak kucing. Hajrah  ada beberapa ekor anak kucing . Seekor berstatus janda x berhias yang telah melahirkan  4 ekor anak betina n seekor anak jantan. So,total semua kucing hajrah ialah 6 ekor .Kucing janda hajrah ni namanya Mak Awe ( sebab hajrah suka watak Mak Awe dlm drama " Bukan Kerana Aku Tak Cinta" lakonan Nelydia Senrose & Shaarnaaz Ahmad ) .  5 ekor anak-anak mak awe ni pulak hajrah namakan Tikus,Tompok,Putih,Pipink & Comel


keenam-enam ekor ni hajrah kutip kat restoran ibu mertua hajrah dgn niat nak bela sebab hajrah dgn suami hajrah xde anak lg ..Hukhuk... mase tu tikus,tompok,putih,pipink n comel baru je beberapa minggu dilahirkan ke dunia ni ...sejak kami jaga anak2 kucing ni hidup terasa bahagia sekali... ye la, sebagai pengubat duka coz masih xde rezeki anak sendiri,anak kucing pun jadi la...saksikan lah gambar2 kenangan bersama merekaa ( tetibe jd sangat sebak pulak ) : 




Baba bersama si Tikus/gambar sebelum kitorang bawak balik rumah
                                     
                     Siputih & Pipink/gamabr sebelum kitorang bawak  balik rumah


Ni gambar si Putih masa dia masih kecik cenonet lg


1 week after kitorang bela.bersama kawan baik hajrah ,Cira..masa ni cira datang rumah nak tgok sebab hajrah bagitau kat dia hajrah dah ada anak sendiri.Cira pun suka kucing .
masing2 ada gaya tidur. 2 week after bela
gambar ni ambik masa kitorang buat bacaan doa selamat dah sebulan duduk rumah sewa baru.masa ni anak2 hajrah ni sibuk intai2 makanan kat luar


ni gambar si comel tidur. Antara anak2 hajrah..dia ni la yang paling kuat tidur...


ni la yg dikatakan bapak borek anak rintik


si comel..suka berkepit dgn baba nya..cuba nak menyelit la tu sebab nak tidur.




kat mana2 tempat pun mereka boleh tidur

Gambar 1
Gambar 2

Gambar 1 & 2 :ni yang buat hajrah paling sedih & rindukan mereka T_T .setiap hari anak2 hajrah akan hantar hajrah depan tangga sebelum pegi kerja. bila hajrah & suami balik dari kerja je tgok merkea dah tunggu depan tangga..
Hajrah dapat upload dua gmbar ni je..klu diikutkan banyak sgt gambar mereka hantar n jemput balik dari baby sampai la dah jadi kanak2 camni.



Oleh sebab hajrah duduk kuaters yg agak kecik dan risau kucing2 hajrah mengganggu jiran tetangga yg lain , satu hari tu hajrah & suami  berbincang dan amek keputusan untuk serahkan anak2 hajrah kat org lain yg nak bela. Kitorang pun  post kat facebook ,masa tu  laju je org komen nak bela.. at last hajrah serahkan pada sorang kawan adik hajrah sendiri sebab dia betul2 nak bela after dah beberapa kali tgok hajrah uplod gambar anak2 hajrah kat facebook.

Semalam , kawan adik hajrah tu datang nak amek.. masa kitorang siap2kan barang2 anak2 kucing hajrah,sayu je hati hajrah. suami hajrah pun buat muka muram. hajrah x sanggup nak serahkan pada org tp nak buat macamana jiran bising.So, demi menjaga hubungan sesama jiran kami terpaksa akur. Masa tu hajrah suruh suami hajrah yg serah kucing2 tu takut kalau hajrah yg serahkan hajrah bawak lari. kitorang bela dua ekor je : SiComel  & Mak Awe.. kucing2 tu plak mcm tau2 je hari tu kami nak serahkan mereka pada org lain coz manjanya lain macam . after kawan adik tu balik. apa lagi, menangis teresak2 la hajrah..puas suami pujuk ( actually suami pun masa tu kelakar jugak coz dia tahan airmata,berlagak macho la kate kan padahal dalam hati ade taman) ...

Gambar masa proses penyerahan . kawan adik yang hantar throughWhatsapp.. syahdu je tgok wajah si tompok kesayangan babanya




gambar last yang suami hajrah suruh capture sekor demi sekor .





Damai lah & bergembiralah kamu di tempat baru anak2 ku..Hopefully tuan baru ni dapat jaga pipink,putih ,tompok & tikus dgn baik bahkan lebih baik dari umi & baba jaga.. InsyaAllah..