My Follower

Friday 18 April 2014

Ayam Goreng Kunyit









Selera tak tengok gambar kat atas? hehehe.. Actually itu bukan gambar yang hajrah masak. tu copy kat tenet je..mintak maaf la ye tuan empunya imej..pinjam sat noo... haha..

ni adalah salah satu resepi yang paling simple & mudah nak d siap kan semudah 1,2 & 3 .....resepi ni selalu menjadi pilihan hajrah untuk bekalan makan tengahari suami sekiranya hajrah terlewat bangun atau malas nak masak sebab sekali campak je dah siap.kat situ ayam,kat situ jugakla sayur .2 in 1..nak pedas2 sikit letak la cili,,hehe.. so bagi suri rumah yang baru tahap beginner dalam dunia masakan macam hajrah bole la try resepi di atas.


Bahan bahannya ialah :
  • 400 gram dada ayam - dipotong dadu 
  • 3 tangkai kacang panjang - patah2 kan
  • 1/2 biji carrot - potong panjang atau ikut suka
  • 1 biji bawang besar- potong panjang bukan bulat tau.
  • 2 ulas bawang putih (ketuk dan hiris halus)
  • 1 biji cili besar
  • 4 biji cili padi (x letak pun xpe,sebab suami hajrah suka pedas hajrah letak la
  • 1 sudu teh kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Masak :

1 ) Panaskan Minyak,goreng isi ayam yg telah digaulkan dgn garam & kunyit.angkat!
2) Masukkan sayur kacang & carrot yg dah siap potong bersama bawang putih tadi dalam kuali yg sama,goreng separuh masak .
3) Akhiri dgn memasukkan ayam yg dah goreng tadi beserta hirisan cili panjang & bawang besar. 


Siap! senang kan? kan dah kata, semudah 1,2 & 3  je...hehehehe...


"Life Is Simple, Make it as simple as u can but U enjoy with it..."





No comments: