My Follower

Wednesday 21 May 2014

Nak Sihat ?? Jom Follow Diet Rasulullah


Salam sayang semua....

Sekarang ni bermacam-macam penyakit yang menimpa manusia .... kebanyakannya berpunca daripada pembawaan makanan seharian kita... ye, nampak ringan bende ni kan... tahu kah anda Malaysia merupakan di antara negara yang menjadi penyumbang terbesar OBESITI ?  kadar pesakit JANTUNG yg tinggi ? KENCING MANIS ?? DARAH TINGGi????dan macam2 lagi la penyakit... Kadang dah biasa dengar semua  penyakit berbahaya ni,sampaikan kita dah boleh cakap  " alah...ko kena darah tinggi ke?normal lah tuuuu ..."  boleh plak camtu kan???....adakah kita salah satu daripada mereka?  jom elak!!

Diet Cara Rasulullah S.A.W

Petua ni umi suka betul nak amalkan...dan hajrah pun dah buat testimoni dgn tahap kesihatan diri sendiri dan juga keluarga.... Alhamdulillah,walaupun baru beginner,umi dah nampak sedikit hasilnya... cara yang paling terbaik untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat & cergas adalah dgn mengamalkan pemakanan sunnah & cara hidup seperti yang di anjurkan oleh Rasulullah ....

1 ) JANGAN CAMPUR!!!!   :



2) MAKAN BUAH  DULU 

-Sebelum makan,umi akan hulurkan buah-buahan dulu dgn suami @ keluarga baru umi hidangkan nasik + lauk. ni je cara nak mendisiplinkan diri sendiri n keluarga..sekarang ni, omputih ajar kita makan main course dulu baru dessert @ buah .. salah tu... Nabi Muhammad ajar kita makan buah dulu sebelum makan  menu utama ... khasiatnya ? bila kita makan menu utama dulu perut kita akan jadi sibuk mencerna makanan berat..jadi bila kita makan buah selepasnya , sistem pencernaan kita dah jadi penat nak mencerna buah tersebut..akhirnya kita x kan dapat langsung khasiat vitamin yang dibawa oleh buah-buahan yang kita makan ....

3) JANGAN MINUM AIR KETIKA SEDANG MAKAN

- Setiap kali makan,umi akan asingkan air daripada meja makan ..dah 10 minit pas habis makan baru umi capai air bg suami @ umi minum.terkadang tu umi basuh pinggan dulu baru minum.ada sesetengah orang tu ketika dia sedang makan dia suka sgt minum makan minum makan minum.. Bila umi tanya kenapa jawabnya senang je " senang nak mencerna makanan yg kita makan "  ..... yeke??? Sebenarnya ,Nabi Muhammad s.a.w tidak menggalakkan kita untuk minum ketika makan ... tahukah anda penyumbang terbesar kepada masalah PERUT BONCIT  adalah minum ketika sedang makan.Enzim pencernaan badan ada kesesuaian kepekatannya untuk mencerna makanan...tapi jika kita minum air ,air tersebut akan menyebabkan enzim tersebut menjadi cair dalam tidak mampu menghadam makanan. kesannya,penghadaman kita akan terganggu. 

4) JANGAN BERNAFAS KEDALAM AIR MINUMAN  ATAU MENIUP AIR PANAS  

-Fakta sains yang umi dapat dari mana2 sumber mengatakan "Apabila kita menghembus ketika minum, kita sebenarnya telah mengeluarkan CO2 (Karbon Dioksida ) yang apabila bercampur dengan air akan menghasilkan  H2CO3 (Asid Karbonik )yang boleh disamakan dengan CUKA. Apa yang kita tahu, asid ataupun cuka ini bertindak sebagai agen penghakis. Jadi, ia boleh menghakis sistem pencernaan kita yang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman . Sama jugak dengan minuman panas, Rasullullah tidak menggemari minuman panas kerana  kerana tiada keberkatan di dalamnya  dan diibaratkan seperti memakan api. So,biarkan dahulu makanan itu berkurang panasnya baru minum . berdasarkan pengalaman umi pulak..kalau benafas dalam minuman,tempat minuman tu akan bertukat busuk disebabkan bau busuk nafas kita dah bercampur dgn air. Cara umi , ketika minum umi tahan nafas kejap @ umi pakai botol yang corongnya bersaiz kecik. 

5 ) KUNYAH MAKANAN SEHINGGA BENAR-BENAR HANCUR

- Untuk memudahkan perut kita menghadam makanan, seeloknya kita menyunyah makanan sehingga benar2-benar hancur sebelum menelannya . Rasullullah mengunyah makanan 40 kali agar betul-betul lumat sebelum menelan makanan tersebut.

6 ) MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN 

- Makan lah menggunakan tangan kanan kerana tangan kita mengandungi enzim pencernaan yang baik . Sudu @ chopstik xde enzim okeh...plastik china ade lah...  Enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. 


Sebelum makan Rasulullah SAW akan mengambil secubit garam menggunakan jari kelingkingnya sebelum menghisapnya . Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikutdoktor dimana-mana hospital ,the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

7 ) JANGAN MENCAMPURKAN MAKANAN LAUT & DARAT  ( contoh : tomyam campur )

-Petua ini umi memang selalu amalkan & hasilnya suami umi yg jenis mudah sakit perut jarang kena serang sakit perut sejak umi amalkan sunnah Rasulullah ni . Kalau dulu setiap selesai makan makanan campur perut suami umi akan berangin semacam & x selesa . Para saintis membuktikan bahawa ion yang terkandung dalam makanan darat adalah bercas positif (+) manakala makanan laut bercas negatif (-). apabila keduanya disatukan,ia akan saling brtolakan antara satu sama lain.Tindak balas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus. Sebab itu lah NAbi melarang kita dari ikan bersama susu kerana susu adalah elemen sumber dari  daratan.


Umi dah cuba...dan hasilnya memang terbaik....

Yang belum cuba jom la amalkan ye =)

Salam Sayang ..

~ Ummi Hajrah ~




No comments: