My Follower

Monday 19 May 2014

Nukilan Buat Suami : Terima Kasih Menjadi Yang Terbaik Buatku


Lagi beberapa hari genap setahun usia perkahwinan umi. Nikmat yang paling umi syukuri ialah memiliki suami sehebat dia ... tidak pernah mengeluh sedikitpun akan kelemahan2 yang ada  pada diri umi...membahagiakan setiap saat..sabar & tenang melayan karenah umi ,tidak pernah sedikitpun meninggikan suara dek kerana agama yang memerintahkan utk sentiasa berbuat baik pada isteri .... sentiasa menerima baik resepi2 baru yang umi masak walhal terkadang terlebih masin,senyuman tetap meniti dibibir manisnya...Usai memakan masakan isteri, ayat " Alhamdulillah..syukur...terima kasih umi" sentiasa keluar dari mulutnya ...ketulusan abang mencintai umi tiada tolok bandingnya ... Perkara yang paling umi terharu & syukuri ialah saat kita ditimpa dgn ujian belum memiliki cahaya mata, abang tetap bersabar & memberikan kekuatan kepada umi untuk terus berprasangka baik dgn ujian_Nya...

Terima Kasih Abang.....

Cemburu...Takut..Sedih... ini lah perasaan yang sering menghantui fikiran umi...hanya kerana terlalu sayangkan dia.. umi merasa sangat takut akan kehilangannya... Setiap ketika umi bermimpikan perkara yang buruk2 sehingga menangis teresak-esak dikala bangun dari tidur,,kehangatan pelukannya tidak lekang dari terus memeluk umi dan memberikan ketenangan .... sehingga kan hampir genap setahun, umi tidak pernah sehari pun tidur tanpa berbantalkan bahunya. Seharipun umi tidak  pernah dapat melelapkan mata tanpa menghidu haruman badannya yg sentiasa  kekal wangi...hampir genap setahun  pegangan tangan kami  kekal erat setiap hari ..hampir genap setahun juga lah umi menerima pelukan hangatnya setiap awal pagi & di malam hari dgn harapan agar diperpanjangkan usia kami......itu lah suami umi....

mengapa umi sering bemimpi akan kehilangan dia... kerana umi masih belum mampu mengurniakan cahaya mata sulung buatnya buat umi rasa tidak sempurna  bergelar  isteri.. Walaupun tiap ketika dia akan "mencuci" telinga umi dgn menyatakan bahawasanya rezeki kurniaan itu bukan hak mutlak kita tetapi ALLAH azza wa jalla ... Umi lemah, kerana umi manusia...lemah kerana cinta...terlalu mencintai abang sehingga takut kehilangan abang....

"Allah tangguhkan rezeki anak kerana Allah tahu bilakah waktu yang paling sesuai untuk kita memiliki cahayamata..tiap hari kita berdoa untuk mendapatkan zuriat yg soleh & solehah... tapi tidak pernah pun kita muhasabah diri sendiri sebelum meminta.... cukup solehah umi??cukup soleh kah abang? sampaikan kita terlalu meminta-minta untuk mendapatkan benih yg soleh/solehah?  Kita yang harus memperbaiki & merawat iman kita...jika kita inginkan hasil yang terbaik ..kita harus jadi yg terbaik di sisinya .Allah itu Maha Adil umi.... dia nak kita jadi benar2 kuat & soleh sebelum Dia mengurniakan kepada kita  zuriat yg juga soleh.. sesuai dgn apa yg kita hajatkan,,..berprasangka baik lah dgn ujian Allah ini... "  ini lah kta-kata yang sering suami lemparkan buat umi tatkala umi rasa sgt down .... dgn nasihat yg diberikan umi kembali berdiri & berusaha .... 

Syaitan selalu membisikkan kata2 negatif ke telinga umi dgn menyatakan suami akan meninggalkan umi dan mencari org lain kerana umi tidak cukup sempurna & tidak boleh mengurniakan zuriat buat suami.. di kala umi mengadu hal itu kepada suami, hanya satu jawapannya " Syaitan hadir untuk menyesatkan & memecahbelahkan kita ... apatah lagi masjid yg kita bina,syaitan begitu membencinya.. kerana itu jgn lah engkau wahai sayangku turut terpengaruh dgn bisikan melainkan engkau mahu jatuh ke lembah kehinaan.. Cinta abg ikhlas kerana Allah..tiada sesiapa pun yg memaksa abg utk terus mencintai isteri abg melainkan Allah kerana Allah lah yang memerintahkan  utk abang berbuat baik terhadap isteri .. mengapa abang hendak mengkhianati jodoh yg sememangnya Allah dah ciptakan utk abang???

Terima Kasih  Abang ....



" Seandainya telah Engkau terbitkan cinta antara kami berdua , lindungi lah ia dgn Payung rahmat-Mu "

Kami tidak meminta untuk kaya & senang selamanya , kami hanya memohon agar genggaman erat tangan kami kekal sampai ke syurga...


Selamat hari Ulang Tahun Suamiku.....abang adalah hadiah terindah yang pernah umi miliki...


Ikhlas mencintaimu ,

~Umi~  







No comments: