My Follower

Thursday 17 April 2014

Projek Memikat Suami 1 : Bekalan Makan Tengahari,Tips Jimat Belanja




Hai Semua,




Hari ni hajrah nak kongsikan tips memikat hati suami melalui masakan. hehehe.. gempak tak title entry hajrah.Idea Projek Memikat Suami ni hajrah dapat lepas tgok cerita drama Projek Memikat Suami lakonan Emma Maembong.comel kan watak die..hihi...

kata orang-orang tua, kalau nak pikat hati suami kena lah pikat perut die dulu. Amek kau aku bold ayat penting tu biar korang ingat sampai bila2...haha..Petua ni la yang hajrah suka amalkan memandangkan hajrah memang suka bab masak-memasak walaupun hajrah masih dalam kategori beginner. Hok aloh!gempak je lebih aku ni...hihi..



So,untuk entry kali ni hajrah bukan nak kongsi pasal resepi tau ! tapi nak cerita pasal persediaan yang kita bole lakukan setiap hari untuk memasak bekalan makan untuk suami bawak pergi kerja..nak cerita,since suami hajrah dah transfer dari HQ  zakat ke Masjid Negeri kat Shah Alam, susah utk suami hajrah nak keluar luch sebab tempat nak makan jauh sgt n take time, so hajrah akan masak setiap hari utk suami bawak bekal.Tambahan plak,ni memang request dari suami hajrah yg tetap nak makan masakan isteri sendiri ..sweet la sangat!haha...haaa, kita pun sedia maklum sekarang ni hampir 90% para isteri di seluruh dunia berkerjaya a.k.a memilih untuk bekerja daripada menjadi fulltime housewives( average %  tu aku main balun je sebenarnya hehehe ). Banyak faktor  yang mendorong para isteri untuk sama-sama kluar mencari rezeki. TAPI! jgn disebabkan faktor bekerja sampai kita xmampu nak menyenangkan hati suami dgn memasak sendiri tau! no no no!!xmo xmo! ape? X SEMPAT ?? eh sape cakap xsempat, mai sini hajrah tunjukkan cara nak tukar alasan tak sempat tu menjadi Eh!SEMPAT JE LA!!!....senang kacang je..just ikut tips kat bawah : 





 1)  Tentukan menu 




Hajrah selalunya akan fikirkan menu apa nak masak sehari awal. jgn sia-siakan  kelebihan kita sebagai pompuan yg bole buat banyak tugas dlm satu masa ni.Contohnya esok nak sedia,hari ni hajrah dah decide nak masak ape.Sambil buat report tugasan kat pejabatni,bole lg hajrah search2 tenet carik resepi ape nak masak.So, kalau ada bahan x cukup ,berdesup la hajrah  lari cari kat Tesco (selalunya lepas hajrah balik dari kerja ,untung coz pejabat hajrah duk sebelah tesco je..hihi) . dalam menu yg hajrah sediakan setiap hari hajrah akan pastikan cukup 3 mende ni : nasi,lauk utama , sayur @ buah  . terkadang kalau rajin hajrah letak sekali desert.




Untuk sarapan plak same jgk , selalu hajrah buat sarapan yg paling simple but memberi tenaga...! 




Tips penting!!  : jangan campurkan  makanan laut & darat . means klu hajrah masak ayam, hajrah akan pastikan element yg hajrah campur kat sayur xda sumber dari laut contohnye :udang basah ,udang kering,ikan bilis or sambal belacan ( sambal belacan kan buat dari udang )




2)  Sediakan bahan masak seawal mungkin 




Ini penting!klu nak sempat masak tiap awal pagi ,kena lah prepare bahan siap seawal-awalnya. Selalunya hajrah akan siapkan bahan2 masak malam sebelum hajrah tidur utk bekal keesokan harinya. jgn nti dah bangun pagi bari baru lah  tergedek-gedek nak potong2 sayur la,,siang2 ikan la,masak nasik la..itu memang akan mengundang stress..haha.. 




Tips penyediaan :




a) bahan utk menumis eg bawang, halia,cili kisar etc siap blend then letak dalam bekas2 divider          kemudian simpan dalam peti ais. nak sediakan stok seminggu pun xde masalah. 




b) sayur-sayuran / buah : potong ikut suka then simpan dalam bekas tupperware . cuci siap2 then letak dalam peti ais bawah so esok tinggal campak je dalam kuali/periuk,




c) Nasi : jgn takut nasi xpanas klu masak awal. masak je malam tu then after masak x payah tutup suiz.tinggalkan je dalam mood 'Warm'. esok korang bangun nasi tu masih lg panas2 suam kuku kaki gitu..hehe




d) Ikan/ Ayam/Udang : potong siap2 ikut citarasa korang then letak dalam peti ais. tp selalunya korang letak dalam peti sejuk beku kan? letak je,hajrah x marah pun haha.. just makesure before korang tido,alihkan ayam.ikan etc yg dah beku tu ke laci peti sjuk kat bawah tempat beku tu..biarkan sampai korang bangun then bila korang nak masak ayam dah xbeku dah..senang nak potong or cmpak je terus kat kuali.




e)Sambal : sekiranya korang nak masak menu bersambal seperti ayam masak merah,sambal ikan ilis,ikan sambal dll,korang bole siapkan sambal tu malam sebelum korang tidur jugak. then after masak biarkan je dalam kuali(jgn lupa tutup pulak nti taik cicak mendarat plak atas sambal) ,esoknya bole tinggal panaskan &  campak ikan/ayam yg dah siap digoreng. 




f) Kuih : haa ni jarang hajrah buat selalu sabtu ahad je,klu la tetiba rajin nak buat, bole je buat malam tu then letak kat peti ais. esok atau hari2 lain bole keluarkan n terus goreng,hnya utk kuih goreng2 je eg : karipap,roti sardin,dan mcm2 lg. tp hajrah selalu buat cekodok pisang..mlm tu hajrah blend siap2 bancuh pastu salin kat tupperware letak dalam peti ais,esok tinggal goreng.. klu kuih2 basah letak je la kat peti ais bawah. xde masalah. selalu hajrah buat dessert@ agar2 mcm tu la...esok tinggal bawak .senang kan?




3)  Masak lauk simple tp sedap




sebenarnya apa je yang isteri masak akan menjadi sedap pada deria rasa suami. bukan kerana ramuannya tp kerana keikhlasan isterinya bersusah payah bangun menyiapkan sarapan n bekalan untuk suami. so xpayah runsing nak masak lauk2 grand. cukup yg simple tapi sedap.yang pening cukup rasa, ade kuah , buah/sayur n ikut citarasa suami. hajrah selalu pegang ayat ni " biar x pandai masak asal tak malas masak". kalau kita ni memang juara Masterchef berturut-turut pun tp kalau malas masak,suami xkan pandang la... so , jadilah isteri yang rajin masak ye kawan-kawan. .haha... 





Haa kan senang klu ikut petua2 makcik hajrah di atas. apa yang penting ada lah keberkatan pada makanan yg suami makan. sebab airtangan ibu dan isteri lah yg paling berkat bg seorang lelaki..klu suami selalu makan kat luar kita xboleh nak jamin kebersihan & keberkatannya. Ibu mertua hajrah pernah kata,"air tangan org yg solat dgn yg x solat lain,begitu jugak org yg ikhlas dgn xikhlas ,,faham2kan lah ye maksudnya... x  susah pun nak sediakan..selain sedap,berkat n bersih, kita dapat JIMAT perbelanjaan!!! ........... 





jom jadi isteri yang hebat !! tak susah,senang jer.....























No comments: