My Follower

Wednesday 20 August 2014

Pembahagian Tugas Di Rumah Untuk Suami & Isteri yg bekerja




Salam sayang semua....

Suka betul umi baca entry dari blog akak ni  http://sueakgogeous.blogspot.com/  yang buat entry pasal pembahagian tugas antara suami dan isteri tanpa perlu mengaji orang gaji @ bibik .

Kenapa umi suka? yes because pembahagian tugas macam ni la yang umi & suami selalu buat  :



Haa list ni boleh jugak kita suami isteri jadikan rujukan dalam melayari bahtera rumah tangga . Yes kalau nak laksanakan sememangnya memerlukan tolak ansur dari kedua belah pihak . Tapi tidak sukar jika berkehendak..


Kenapa pembahagian tugas itu perlu ?? 

1. Kebahagiaan Rumahtangga

2. Akan wujud tolak ansur yang semestinya akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang

3. Penjimatan !! tak perlu bayar bibik untuk menguruskan rumahtangga kita sepanajng ketiadaan kita dirumah. Duit bayar gaji tu boleh simpan untuk anak2 atau melancong ke atau simpanan atau atau atau...banyak lagi lah

4 . Mengurangkan beban tugas isteri . yang ni suami kena faham . isteri keluar bekerja untuk menambah sumber pendapatan suami..itu adalah satu pengorbanan yang besar . Diumpamakan isteri bekerja 24 jam sehari walaupun tugas sebenar mencar nafkah itu terletak di bahu suami . 8 jam bekerja di pejabat & selainnya dirumah . Bila isteri kurang rehat akan wujudlah rasa stress & isteri tidak dapat melayan suami & keluarga sebaiknya disebabkan kudratnya yang sangat minimum . Sebab itu pentingnya suami membantu isteri di rumah ,baru lah keluarga akan lebih harmoni


Banyak lagi menfaat pembahagian tugas dalam institusi rumah tangga ni ....


Syukur alhamdulillah umi dikurniakan sorang suami yang sangat memahami & banyak membantu umi dalam urusan rumah tangga malah lebih dari yang sepatutnya sehinggakan tugas umi di rumah lebih kepada memasak sahaja sedang tugas lain suami yang buat . 

Suami2 seharusnya mencontohi keperibadian Baginda Rasulullah SAW dalam menguruskan hal rumahtangga .


Dalam hadis nabi ada menyebut ‘Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku dan contohilah aku’ dan setiap suami harus mengambil pengertian hadis itu sebagai panduan dalam mengemudi perjalanan mahligai yang dibina,” katanya.

Walaupun Rasulullah sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, Imam Ummah, pemimpin negara, ketua hakim dan panglima agung angkatan bersenjata, Baginda masih dapat meluangkan masanya membantu kerja rumah isterinya seperti menjahit pakaian dan membaiki kasut.


Sehebat insan bernama Muhammad SAW juga rajin membantu isteri nya ... perkara tersebut haruslah di contohi oleh suami2 pada zaman sekarang . 


~ILoveMyHusband~